31 May 2013

Kenali Menteri Besar Kelantan

Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.

Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, 7 Mei 2013.
Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.

Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikandi Ain Shams University.

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.

Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang.

Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya.



Senarai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan

Pembentangan itu dibuat dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Perkara ini dimasukkan beliau di dalam facebooknya hari ini.
Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan yang dibentangkan adalah sebagaimana berikut :
1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Yakob.
2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Abdul Fattah Hj Mahmood
4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Che Abdullah bin Mat Nawi
5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh  Datuk Haji Anuar Tan bin Abdullah
6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh Datuk Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud
7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh  Datuk Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman
8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh  Haji Hanifa bin Ahmad
9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh  Datuk Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan
10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh  Hajah Mumtaz bin Md Nawi
11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh  Dr Ramli bin Mamat
“Harapan saya agar semua exco yang dilantik memegang portfolio masing-masing ini dapat menjalankan tugas dengan lancar dan sempurna di bawah keredhaan Allah SWT, Insya-Allah,” katanya dalam facebook.

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::