27 April 2009

EON Bank boleh beli MCIS Zurich

KUALA LUMPUR – EON Bank Bhd. memperoleh kelulusan daripada Bank Negara Malaysia bagi cadangan pengambilalihan sehingga 40 peratus dalam syarikat insurans gabungan, MCIS Zurich Insurance Bhd.
Menurut kenyataannya kepada Bursa Malaysia, bank itu akan memulakan perbincangan dengan Koperasi MCIS Bhd., Atalantik Sdn. Bhd. dan pemegang saham minoriti MCIS Zurich yang lain bagi cadangan pengambilalihan itu.

MCIS Zurich merupakan satu daripada peserta insurans hayat dan am utama di Malaysia dengan jumlah aset RM3.1 bilion dan pendapatan premium kasar tahunan melepasi RM590 juta.

Pemegang saham utamanya adalah Koperasi MCIS Bhd. dan Zurich Asia Holdings Ltd. yang masing-masing memegang 43.7 peratus dan 40 peratus pegangan dalam syarikat itu.

25 April 2009

Selangor vs Kelantan





RM15,000 untuk setiap pemain Selangor jika juarai Piala FA. Pengumuman pemberian insetif itu dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlebih awal sebelum perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini, bagi menyuntik semangat pemain Selangor menghadapi kejohanan tersebut.

23 April 2009

Fikiran Positif


Fikiran positif akan lebih power bila Anda ada matlamat. Tak tahu apa dia matlamat? Er, sori, terguna perkataan formal lak. Matlamat tu samalah dengan target, sasaran, cita-cita, azam atau kemahuan. Semua perkataan berlainan, tapi maknanya sama.

Matlamat adalah sesuatu yang kita mahu capai. Target tu sama jugak meaning dia, sesuatu yang kita mahu capai. Bila fikiran kita negatif, ia akan membuat kita jauh dari apa yang menjadi target kita. Mengapa? Fikiran negatif kerja dia memusnahkan apa yang nak kita bina. Kita nak bina kecemerlangan, kehebatan, kejayaan.

Ada tak orang yang berfikiran negatif berjaya dalam hidup? Tak ada. Dalam sejarah, tak pernah ada.

Bila fikiran kita positif, ia akan membuat kita dekat dengan apa yang menjadi target kita. Fikiran ada kuasa tarikan.

Bila kita berfikir tentang sesuatu, ibarat kita berdoa pada Allah supaya ia dimunculkan dalam hidup kita.

Doa bukan setakat melalui perkataan sambil menadah tangan, apa yang kita fikir selalu itu pun boleh dikira sebagai satu doa. Apa yang kita cakap selalu dalam hati, itu juga dah jadi macam satu doa. Bila kita fikir yang positf, macam kita minta pada Allah supaya apa yang positif tu datang pada kita, maka akan bertambah cemerlanglah kita.

Sebab itulah saya kata fikiran positif kerja dia membina. Bila kita berfikiran positif, susah cemanapun matlamat kita tu nak dicapai, kita akan terdorong untuk jadi rajin berusaha. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin naik semangat kita dibuatnya. Itulah power fikiran positif.

Fikiran negatif membuat kita jadi malas berusaha. Kekadang rasa macam usaha kita tak berhasil, sebab dalam fikiran kita anggap yang negatif. Makin kita ransang diri kita dengan kata-kata positif, makin turun semangat dibuatnya. Kesan dari itu, matlamat kita hanya sekadar matlamat tanpa ada usaha nak merealisasikannya di alam sebenar.

Contoh paling dekat, tengok suasana bekerja. Orang berfikiran positif, kerjanya hebat, interesting. Kata-katanya berguna, ideanya berguna. Kesannya, pencapaian dia makin naik. Pangkat naik, performance kerja naik (gaji pun naik!).

Tapi sebaliknya orang yang negatif, kerjanya kurang hebat atau tak hebat. Asyik memonteng, curi tulang, datang lambat pastu suka cari pasal sambil naik berbuih mulut bos mengkhutbahkan dia. Ada tak orang camni? Ada.

Jadi, mana satu yang cemerlang? Tentulah orang berfikiran positif. Nak jadi pekerja cemerlang di tempat kerja atau di dalam organisasi kita, fikiran mesti dibentuk jadi positif. Anda boleh melatih fikiran supaya menjadi positif dengan melatih diri sentiasa bersangka baik.

Bersangka baiklah pada sesiapa saja, pada apa jua situasi, apa jua perkara dan apa jua benda. Ubah diri, bina peribadi. Siapa tahu, mungkin kejayaan berpotensi besar untuk menjadi hak milik Anda.

Pendiam


Pendapat yang mengatakan orang pendiam ni sombong tak semestinya betul. Mereka pendiam mungkin sebab tertentu, mungkin malu atau tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan.


Orang yang mengatakan orang pendiam ni adalah orang sombong sebenarnya berfikiran negatif terhadap orang pendiam, lagipun kebanyakan orang yang cakap camtu dia mahu orang tegur dia, bukan dia yang tegur orang dulu.

Hmm, tak patut tu. Yang patut, kita kena bersangka baik dengan setiap orang yang kita jumpa, tak kira le pendiam ke pembising.

Orang pendiam boleh mencapai tahap cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan. Tapi, dia kena tinggalkan sikap pendiam apabia dia mahu berjaya dalam perniagaan.

Andai kata dia dinaikkan pangkat ke tahap kepimpinan dan boleh dipanggil bos, dia kena berubah. Kena tinggalkan sikap pendiam step by step.

Dia ada pilihan untuk mengekalkan sikap pendiam, tapi kena tengok masa, keadaan, tempat dan situasi. Seorang bos yang terlalu pendiam, akan kurang dhormati oleh orang bawahannya, macam ada saja yang tak kena.

Tetapi, andaikata seorang bos pendiam bertempat, orang bawahan nampak dia sebagai bos yang berkarisma dan berpendirian. Seharusnya dia mesti direspek.

Anda, kalo Anda sekarang ni pendiam, ubah perangai tu perlahan-lahan. Jangan terlalu pendiam walaupun sebenrnya Anda boleh kekal menjadi orang pendiam.

Nak berjaya, nak ke tak nak akan perlukan orang lain. Untuk menambah ilmu, menambah tahap usaha dan membina network, Anda kena pandai mengawal sikap pendiam supaya senang meminta tolong pada orang lain.

Anda tetap akan perlukan orang lain. Jadi, jangan terlalu pendiam tapi usahakanlah untuk jadi mesra dengan semua orang, tak kira siapapun dia. Biar diam-diam Anda sementara saja.

22 April 2009

Buat Baik


Buatlah sesuatu yang baik kerana ia akan dikenang orang sampai bila-bila. Tak kisahlah dia nak balas ke tak bak balas, janji kita buat baik saja.Nak lebih extra, fikir baik-baik pada semua orang, walau siapapun dia, walau di mana jua Anda berada. Anda tak akan rugi apa-apa atau kehilangan apa-apa. Bahkan, orang sekeliling akan mula menghormati Anda kerana tanggapan Anda baik-baik belaka.

Orang yang selalu buat sesuatu yang baik, dia sentiasa gembira. Ini bukan mejik, bukan cerita rekaan tapi cerita sebenar digarap dari kehidupan sebenar.

Dia akan selalu buat baik supaya dia sentiasa gembira berpanjangan. Lagi banyak dia buat baik, lagi banyak rasa gembira dia dapat.

Bila dia sentiasa gembira, anak-anak dia hormatkan dia, jiran-jiran respek ngan dia, sesiapapun suka dengan dia, bangga bila sebut nama dia. Bila dia sentiasa gembira, rezekinya murah dan dia senang nak dapat apa yang dia nak. Kesan untuk jangka masa panjang, dia boleh mencapai kejayaan dalam apa jua yang dia usahakan.

Jika Anda nak berjaya sekarang ni, misalnya nak jadi student yang berjaya, pekerja yang berjaya atau usahawan yang berjaya, ubah sikap serta merta. Kena selalu buat baik.

Kalo dulu jarang buat baik, kali ni rajin-rajinlah buat baik. Bila kita menerima ucapan terima kasih, entah cemana hati kita ni hepi semacam. Kita suka dengar bila ada orang ucap terima kasih. Bila dah hepi, kita akan jadi bersemangat dalam apa jua yang kita lakukan. Jadi semangat belajar, bekerja atau berniaga.

Buat baik, sesuaikan dengan situasi. Orang sekarang bijak-bijak belaka. Kita nak buat baik, kekadang diorang pergunakan kebaikan kita untuk kepentingan diorang. Kena hati-hati, kena bijak menafsir suasana.

Buatlah sesuatu yang baik berpada-pada, biar sikit-sikit tapi konsisten berterusan!

19 April 2009

Mimpi



Renungan
Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."


1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA .
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari
meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

17 April 2009

Keseronokan Bekerja

Bekerja mencari rezeki merupakan tuntutan dalam Islam.Sebagai ketua keluarga, seorang lelaki mesti bekerja untuk memenuhi keperluan nafkah keluarganya.Bagi orang perempuan pula, bekerja kadang-kadang menjadi suatu keperluan bagi menampung pendapatan para suami.


Namun,bekerja sering kali membuatkan sesorang itu tertekan dan stress. Kebiasaannya, stress disebabkan oleh tiadanya perasaan seronok untuk menjalankan sesuatu pekerjaan itu atau dengan kata lain, merasa terpaksa untuk melakukan sesuatu pekerjaan.Bagi yang menyukai sesuatu pekerjaan yang dilakukan, sudah tentu sesorang itu tidak stress atau tekanan malah dia akan gembira melakukakannya.
Persoalannya ialah adakah keseronokan bekerja boleh diperolehi?Jika boleh, bagaimana ianya dapat diperolehi?


Beberapa tips ini diharap dapat memberikan keseronokan sewaktu bekerja:

1.Sentiasa berdoa agar diberikan keseronokan untuk bekerja.
2.Memulakan keseronokan dalam diri.Jangan mengharapkan keseronokan dimulai oleh orang lain.Tangkis segala perasaan iri hati,cemburu, sakit hati dan sebagainya.Cuba ceriakan orang di sekitar kita.
3.Sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur.(Stress di tempat kerja kadang2 timbul disebabkan oleh perasaan tidak puas hati dengan rakan sekerja,bos atau sesiapa sahaja di tempat kerja)
4.Ubah rutin harian.Cuba ubah rutin harian anda menjadi lebih menarik.

13 April 2009

Amalan Terbaik Dalam Hidup

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah

17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum

18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu

19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman

20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana

21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung

22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah

24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah

25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA

26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari

27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH

28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur

29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan

30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari

31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW

32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh

33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari

34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari

35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari

36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud

38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya

39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim

40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari

41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya

42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih

43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih

44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain

45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud

46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya

47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar

48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib

49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami

50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

12 April 2009

Keperluan Insuran

Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang kaya.

Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila meninggal :-

1) Tabung perbelanjaan Pengebumian, bil2 hospital dan perundangan
2) Tabung pelupusan hutang piutang
3) Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris
4) Tabung untuk pinjaman Perumahan
5) Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah )
6) Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak
7) Tabung pendidikan anak

Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal.

Dengan izin Tuhan maka terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun dipindahkan ke syarikat insurans.

Dengan peredaran masa timbul pula risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital. Bolehkah kita membayar bil bernilai RM 40,000.00 contohnya dengan hanya membayar RM 500 setahun seorang kepada satu syarikat kewangan? MEMANG BOLEH dan inilah peranan insurans - alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia.

Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor - faktor lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal mengambil insurans tersebut.

Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.

11 April 2009

Syariah Advisory Committee

A leading insurer acknowledged as an innovative provider of services and our solutions for our customers through a culture of excellence.

MCIS ZURICH has the ambition and proven strengths to be a leader in the Malaysian Insurance industry.

The culmination of expertise and experience as a key Composite Provider in the Life, General, Group Life & Investment Linked business is a clear statement of intent.

This is complimented with decades of local knowledge and strong global links with Zurich Financial Services in Switzerland

10 April 2009

Hayatilah

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

'satu Malaysia'

Barisan kabinet itu juga ingin mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan",kata Pok Jib.

Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.

Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?

Walaubagaimanapun, kami di jkr tertanya-tanya siapakah menteri Kerja Raya sama kekal atau berganti. Rerupanya Datuk Mohd Zin Mohamed Menteri kerja Raya di ganti dengan orang muda bernama Datuk Shaziman Abu Mansor. Sama-sama kita saksikan apakah perubahan dan pembaharuan yang bakal di bawa oleh pemimpin baru ini..

09 April 2009

Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi

08 April 2009

Bola sepak Kelantan tercemar


KOTA BHARU - NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.

Keadaan turut bertambah buruk di luar stadium apabila sebuah kenderaan polis diterbalikkan sebelum dibakar selain cermin beberapa kereta dipecahkan oleh sekumpulan penonton yang kurang berpuas hati.



Ini kekalahan kedua berturut-turut tuan rumah kepada pelawat selepas tunduk 2-1 saingan Liga Super 31 Mac lalu - sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar menjelang pertemuan kedua pada 18 April ini.

07 April 2009

Aku akan sentiasa ingatkan aku agar..

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat
02. Sabar apabila mendapat kesulitan
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
05. Jangan membiarkan hati dalam kesedihan
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
08. Jangan irihati dengan kekayaan orang
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan.
11. Jangan tamak kepada harta
12. Jangan terlalu ego akan sesuatu kedudukan
13. Jangan hancur kerana kezaliman
14. Jangan goyah kerana fitnah
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram
17. Jangan sakiti ayah dan ibu
18. Jangan usir orang yang meminta-minta
19. Jangan sakiti anak yatim
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
23. Lakukan sholat dengan ikhlas dan khusyuk
24. Lakukan sholat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
25. Biasakan sholat malam
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
28. Sayangi dan hormati fakir miskin
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
30. Jangan marah berlebih-lebihan
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
36. Jangan percaya ramalan manusia
37. Jangan terlampau takut miskin
38. Hormatilah setiap orang
39. Jangan terlampau takut kepada manusia
40. Jangan sombong, takabur dan degil
42. Berlakulah adil dalam segala urusan
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
46. Eratkan hubuangan silaturrahim
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
48. Berkata-kata pada perkara yang perlu
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu"

Sesungguhnya nikmat iman itu tiada nilainya di bumi ini. Harap ia akan berkekalan."

06 April 2009

Sembahyang Sumber Taqwa

Perhubunganku yang paling besar dengan Mu adalah melalui sembahyang,Kalau melalui sembahyang tidak juga terhubung diantaraku dengan-Mu Tuhan,Perhubungan apa lagi yang dapat aku buat?
Perhubungan lain sudah tentu lebih sulit lagi,Sembahyang adalah saluran terbesar buat seorang hamba dengan Tuhannya,Tuhan!
Betulkan sembahyangku agar ia menjadi penghubung dengan-Mu,Janganlah jadikan sembahyangku tidak boleh terhubung aku dengan-Mu,Kasihanilah aku Tuhan, Aku tidak mahu terputus hubunganku dengan-Mu,Sembahyang adalah satu-satunya alat perhubungan Engkau dengan aku.
Sembahyang sungguh agung,Ia perhubungan seorang hamba dengan Tuhannya, Dapat membuat perhubungan dengan Tuhan adalah perkara besar dan agung,Kalau benar-benarlah sembahyang terhubung seorang hamba dengan Tuhannya,Hamba itu akan menjadi peribadi yang agung pula,Iaitu dia akan menjadi peribadi yang bertaqwa, Orang yang bertaqwa dianggap mulia disisi Tuhan.
Dia akan mendapat rahmat dari Tuhan,Salah satu rahmat dari-Nya adalah redha-Nya,Selain itu Tuhanlah menjamin dunia akhirat,Dosa-dosa diampunkan atau ditingkat darjat, Diberi rezeki tidak tahu mana sumber atau tidak
diduga.
Betulkanlah sembahyang, ia merupakan sumber taqwa.

04 April 2009

Siti Nurhaliza akhirnya temui Nik Aziz

Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.

















Jika Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berjumpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, aku pula berjumpa Mohd Roslan Yusof di Alamanda Putrajaya. Jiran sebelah rumah kat kampung.
Firts time ke Alamanda, seronok juga ke sana.

03 April 2009

ASAL USUL SOLAT



SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.



ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.



ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.



ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::