09 May 2009

Latar Belakang MCIS ZURICH

MCIS ditubuhkan pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entiti untuk beroperasi secara efektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat ranking ke 59 dalam Fortune Globals 500 pada tahun 2005. Zurich Financial Services Group (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dengan rangkaian global dan anak-anak syarikatnya serta pejabat-pejabat di Amerika Utara dan Eropah, juga Asia Pasifik, Amerika Latin dan lain-lain pasaran ditubuhkan pada tahun 1872 dan berpusat di Zurich, Switzerland. Syarikat ini menggaji lebih daripada 60,000 orang pekerja di lebih daripada 170 buah Negara.

Pada tahun 2004, mereka mencatatkan pendapatan kasar sebanyak USD 49.0 billion melalui premium dan yuran polisi di serata dunia juga termasuk USD191.1 billion hasil daripada pelaburan kumpulan. Perjanjian bersama dan penggabungan antara kedua syarikat ini bukan sahaja gabungan yang kuat bahkan meletakkan MCIS Zurich sebagai syarikat penanggung insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa.

Pada hari ini, MCIS Zurich dengan bangganya berdiri sebagai peneraju insurans am dan hayat dengan keseluruhan aset melebih 2.9 billion dan pendapatan premium kasar menghampiri RM500 juta. MCIS Zurich menggaji lebih daripada 500 orang pekerja dan 5000 agen dan beroperasi melalui 26 cawangan yang terletak di ibu-ibu negeri dan Bandar-bandar utama.

Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich

Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich terdiri daripada 5 orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dan dan pengalaman dalam syariah sebagai pelengkap kepada industri insurans.

MCIS Zurich (MZ) merupakan syarikat insurans konvensional pertama di Malaysia yang mempunyai Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Syariah ini berperanan untuk memberi konsultansi dan nasihat kepada pengurusan, melakukan kajian dan pembangunan ke atas pelbagai perkara berkaitan insurans melalui perspektif syariah dan mengambil bahagian dalam pameran dan berinteraksi dengan 5000 pekerja agensi MZ di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan etika dalam penjualan produk-produk insurans.

Penubuhan majlis ini juga adalah inisiatif MZ untuk menjaga kebajikan 400,000 pemegang polisi yang mana 50% daripadanya adalah pelanggan Bumiputra. MZ juga bercita-cita untuk memasuki pasaran Takaful dengan adanya Majlis tersebut.

Majlis tersebut diketuai oleh pengerusinya iaitu Y.Bhg Prof Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain iaitu seorang tokoh dalam pengajian Islam dan falsafah. Beliau memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan di antara tahun 2003 dan 2005 dan sekarang ini berkhidmat sebagai Rektor di Kolej Islam Darul Ridzuan di Ipoh.

Ahli-ahli Majlis yang lain adalah Y.Bhg. Sohibus Samahah Dato’ Ismail bin Yahya, Mufti Terengganu, Dr Shofian bin Ahmad, tokoh dalam kontrak undang-undang Islam, Professor Madya Mostafa Kama bin Mokhtar, tokoh dalam pengajian Islam dan Tuan Haji Mustapha bin Md Nasir, ahli lembaga pengarah MCIS Zurich Insurance Berhad

2 comments:

jamaluddin said...

Salam.Kenapa hanya berhasrat nak joint takaful tetapi tidak bertindak segera kerana ramai pencarum Islam yg perlukan insurans halal.Tq

Anonymous said...

mcis zurich is the best company ever created on earth

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::