12 April 2012

Petua Senaman Wanita

Senaman Tupai
Senaman istimewa ini dapat membantu mengetatkan faraj dan mengurangkan masalah keputihan. Caranya : Duduk di atas kedua tumit kaki. Tegakkan badan. Tangan kanan hendaklah ke belakang untuk memegang ibu jari kaki kiri. Tarik nafas, kemut faraj sambil menarik ibu jari kaki kiri ke atas selama 5 saat dengan kuat, lepaskan nafas dengan kemutan perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak tiga kali. Tukar posisi dan ulangi senaman ini. Gerakan ini boleh membantu mengetatkan semula otot-otot faraj dan mengurangkan masalah keputihan.

Senaman Kiambang
Senaman ini dapat membantu menguatkan otot faraj. Caranya: Duduklah dengan keadaan bersila rapat dan badan ditegakkan. Betis dan peha kanan diletakkan di atas peha kiri agar kedua lutut menghala ke hadapan dan dalam keadaan serapat mungkin antara satu sama lain. Pastikan kedua belah tapak kaki menghala ke belakang. Tarik nafas dan kemut faraj selama 5 saat sambil menekan tapak kaki ke belakang. Lepas nafas, kemutan dan kaki perlahan-lahan. Lakukan senaman ini sebanyak 8 kali. Kemudian, tukar posisi dengan meletakkan betis dan peha kiri pula di atas peha kanan. Lakukan senaman-senaman di atas mengikut kesesuaian badan pada setiap pagi dan setiap malam sebelum tidur.

Senaman Klasik Kemutan Faraj
1. Kemut 20 kali perlahan-lahan otot faraj dan otot punggung dalam keadaan berdiri
(peha dan kaki dirapatkan).
Lakukan senaman ini pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
2. Kemut perlahan-lahan 20 kali otot faraj dan otot punggung dalam keadaan duduk tegak
(lutut bertemu lutut) pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam.
Proses Pengemutan –
(a). Tahan nafas selama 5 saat semasa mengemut.
(b). Lepaskan nafas dan kemutan perlahan-lahan secara serentak.Kemut - Seperti menahan air kencing. Saranan - Digalakkan melakukan senaman ini pada setiap hari pada waktu terluang seperti semasa memasak, menonton dan ketika ada waktu yang sesuai.


Petua Kemutan Faraj
Kemutan faraj yang berkesan akan memberi kenikmatan yg tak terhingga semasa jima', baik kepada isteri maupun suami. Latihan kemutan faraj boleh dilakukan secara sedar setiap hari. Untuk melakukan latihan kemutan luar, cuba fokus seolah-olah sedang menahan kencing iaitu dengan menarik otot punggung ke dalam. Ulang sebanyak 20 kali sedaya-upaya serta tahan kemutan itu 7 saat pada setiap kali dilakukan. Untuk melakukan latihan kemutan dalam, lakukan seolah-olah mahu menahan dan mahu memasukkan semula tahi ke dalam dubur. Ulangi 20 kali dan buat setiap hari selama beberapa minggu. Teknik kemutan ini dapat meningkatkan kebahagiaan suami isteri.

No comments:

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::