28 February 2009

Kenaikan Tol Ditangguh Sehingga Penghujung Tahun

Keputusan kerajaan menangguhkan kenaikan kadar tol di lima lebuh raya yang sepatutnya berkuat kuasa Ahad ini, tidak ada kena-mengena dengan tiga pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi kata Pak Lah.
Mungkin Faktor ekonomi dunia sekarang yang tidak berapa menentu.
Apa-apa pun, kita pikirlah sendiri.

27 February 2009

Ekonomi Menurun Tol Naik, Syabas!!

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Menteri aku lah ni!!! Bangganya aku.

25 February 2009

Main Kutu

Aktiviti yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman.
Faedah daripada bermain kutu ini, hanyalah sesuai bagi mereka yang ’sukar’ untuk menyimpan/menabung, dan juga membantu golongan yang memerlukan dengan memberikan mereka pinjaman tanpa faedah. Dan wanita hari ini juga kreatif dengan menggantikan wang tersebut dengan barangan lain seperti pinggan mangkuk, brgn elektrik dan lain-lain.

Kebaikan main kutu adalah kita dapat pinjaman tanpa faedah (jika kita mendapat giliran terawal) dan keburukannya pulak kita ibarat menyimpan tanpa faedah/keuntungan (jika kita mendapat giliran terakhir).
Bayangkan simpanan RM200/RM400 tersebut disimpan di institusi kewangan, sudah tentu kita mendapat keuntungan seperti dividen atau agihan keuntungan dari simpanan/pelaburan kita itu.
Fikir-fikirkanlah.

Apakah maksud Kaya?

Sebelum aku mencebur diri part-time agen Insurans, biasanya aku akan panggil orang yang pakai kerata besar, rumah besar itu orang kaya. Atau yang gaji 5 angka dan keatas. Tapi sekarang tidak lagi.

Tak kira berapa gaji seseorang itu, atau apa yang dia ada, samaada kereta besar, rumah besar, tapi kalau mereka juga mempunyai bebanan hutang seperti gadaian, pinjaman kereta atau kad kredit yang tak pernah langsai, mereka adalah sama sahaja seperti yang berpendapatan rendah.

Kekayaan adalah nilai bersih anda. Jika nilai keluar adalah sama atau melebihi nilai masuk, bagaimana anda dapat mengumpulkan kekayaan.

Mungkin anda akan berkata, “saya beli kereta BMW 3 series sebab saya mampu membelinya dengan gaji sekarang”…ok, fine..anda bergaji besar. Tapi anda tetap membayarnya setiap bulan bukan kan? Mungkin selama 7 hingga 9 tahun. Dan dengan pembelian BMW itu, peruntukan untuk simpanan sudah tiada…sama seperti masa anda bergaji kecil dan hanya memakai Proton Wira. Tanpa simpanan, bagaimana anda ingan mengumpulkan kekayaan?

Jadi ingat, kekayaan dinilai dari NILAI BERSIH, bukan pendapatan anda. Millionaire hanya akan dipanggil millionaire jika dia boleh mendatangani cek bernilai 1 million.

24 February 2009

Masalah Diri Sendiri

Hakikat yang sering kita terlepas pandang ialah setiap masalah berpunca daripada diri sendiri hanya kita sahajalah yang boleh menyelesaikan masalah itu. Sesungguhnya kita semua masih ada HARAPAN, walau dibebani berbagai masalah.

Tangisan Politik 2009

23 February 2009

Perak Darul Ridzuan

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.


4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa

Apakah bunyi yang pertama kedengaran daripada seseorang bayi apabila dilahirkan dari rahim ibunya? Tidak lain dan tidak bukan dengan suara tangisannya. Secara tidak disedari, bayi mula berhubung dengan ibu bapa ataupun penjaganya sejak dilahirkan dengan bunyi tangisannya. Pertuturan dan pertuturan orang dewasa dapat dibezakan dengan kelainan sebutan dan ayat. Bagaimana pula dengan seseorang bayi? Kelainan bahasa tangisan bayi adalah dengan kelainan nada tangisannya. Contohnya, apabila seseorang bayi lapar, dia akan mengeluarkan nada tangisan yang sederhana tingginya dan berpanjangan manakala seseorang bayi yang dalam kesakitan pula mengeluarkan nada yang tinggi dan kuat serta berpanjangan.



Pada peringkat awal ini, bayi seolah-olah bercakap-cakap dengan ibunya apabila ditegur. Suara yang perlahan dikeluarkan dari lehernya dan bunyi-bunyi seperti huruf-huruf A, E, I, O dan U dikeluarkan. Hal ini disebabkan otot-ototnya yang mengawal pengeluaran suara dari kerongkongnya yang msih belum matang. Hal ini akan mula kelihatan apabila bayi berumur lebih kurang 6 minggu dan ke atas. Pada bulan pertama dan kedua sejak kelahirannya, tangisanlah yang merupakan satu-satunya cara berkomunikasi dengan ibunya.



Para ibu hendaklah memberi reaksi yang positif dengan segera terhadap tangisan anak-anak. Penjagaan yang rapi amat diperlukan ketika anak-anak masih kecil. Ibu digalakkan bertentang mata dengan bayinya apabila bermain dan berkata-kata dengannya. Cara-cara ini dapat mempercepatkan perkembangan dalam petuturan dan bahasa bayi.

Apabila bayi-bayi mencapai umur kira-kira 6 minggu ke atas, mereka mula boleh mengeluarkan bunyi-bunyi perlahan dari lehernya apabila mereka mendapat respon daripada orang-orang dipersekitaran. Suaranya yang perlahan akan berubah dan bertambah jelas apabila mencapai 2 bulan dan ke atas. Pada ketika ini, ibu-ibu boleh memperkenalkan pelbagai bunyi dengan menggunakan mulut ataupun peralatan yang lain seperti alat permainan untuk menarik perhatian bayi anda.

Pertuturan dan suara bayi menjadi semakin lantang dan matang apabila umurnya mencapai kira-kira 3 bulan hinggalah 4 bulan. Bunyi-bunyi seperti uhh, ahh, eeeh, oohh dan sebagainya dituturkan. Pada peringkat ini, bayi akan mula dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang menatap mukanya serta menegurnya. Pada masa yang sama, bayi akan mempelahari cara untuk bersenyum dan berketawaan kepada sesiapa yang bercakap dan bermain denganya. Perhubungan ibu dan anak pada peringkat ini menjadi lebih intim dimana perhubungan dua hala antara ibu dengan bayinya. Bayi akan bertambah gembira apabila ibu ataupun penjaganya mengikut bunyi yang dihasilkan olehnya. Ibu-ibu ataupun penjaga-penjaga digalakkan menggunakan bahasa yang mudah serta ayat yang pendek secara berulang-ulangan. Pembelajaran anak-anak akan berkembang dengan lebih cepat dengan menggunakan cara ini.



Setelah bayi berusia kira-kira 6 bulan, bunyi-bunyi seperti ma-ma-ma, ba-ba-ba, da-da-da, ta-ta-ta, ah-ah-ah dan sebagainya dituturkan. Peringkat ini dinamakan sebagai ‘babbling’ ataupun gagahan. Proses ini akan berterusan sehinggalah bayi berumur kira-kira 9 hingga 12 bulan dimana bayi akan mula memendekkan sebutan bunyinya. Sebagai contoh, ba-ba-ba akan bertukar kepada ‘a-ba’ ataupun ma-ma-ma akan bertukar menjadi ‘mama’. Pada peringkat ini, ibu-ibu digalakkan supaya memberi tindak balas yang sesuai kepada bayinya apabila bayi mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna tertentu. Misalnya, apabila bayi menyebut ‘mama’, ibu ataupun penjaga haruslah menyambutnya dengan kata-kata seperti “mama di sini” sambil menunjukkan muka sendiri dan bersenyum padanya. Bunyi yang dihasilkan oleh bayi dalam suasana tertentu dapat diperkuatkan dengan makna perkataan tersebut dengan menjalankan aktiviti yang berkaitan.

Ketika tahun pertama, kebolehan bayi untuk memahami apa yang diperkatakan kepadanya lebih daripada apa yang diperkatakan olehnya. Hal ini menunjukkan bahawa ia boleh memahami walaupun tidak dapat bercakap. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga disarankan supaya meningkatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pertuturan. Pada tahun kedua dan seterusnya, kebolehan bayi untuk mengeluarkan kata-kata dan bercakap akan bertambah.

Semasa bayi berumur 12-18 bulan, ianya akan mempelajari dan mullah dapat menyebutkan beberapa perkataan, lebih kurang 6-10 patah perkataan yang boleh difahami oleh orang dewasa. Semasa bayi berumur 15-18 bulan pula, bayi biasanya tidak berhenti-henti mengeluarkan bunyi-bunyi yang seolah-olahnya sedang bercakap seperti seseorang dewasa. Walaupun dalam banyak-banyak bunyi yang dikeluarkan tidak banyak yang difahami, proses pembelajaran bahasa sedang berlaku. Oleh itu, ibu bapa masih digalakkan untuk melayan anaknya yang aktif bertutur itu. Pada masa yang sama, ibu bapa bolehlah membetulkan bahasa-bahasa bayinya dengan memperkuatkan perkataan tersebut dan disebut secara berulang-ulang supaya dapat disimpan dalam ingatan panjangnya.

Anak-anak yang mencapai umur 2 pula akan bercakap dua patah perkataan dalam satu ayat. Sebagai contoh, “Mak main”, “nak nasi”, “ba susu” dan sebagainya. Perkembangan pertuturan juga bergantung kepada rangsangan yang diterimanya. Jika anak-anak diberi rangsangan yang lebih, kanak-kanak pada umur ini dapat bercakap 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.





Secara umumnya, kanak-kanak akan mula bercakap menggunakan tiga patah perkataan dan ke atas dalam satu ayat apabila umur mencecah 3 tahun. Contohnya, “Papa nak main”. Apabila kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas, biasanya anak-anak dapat bertutur dengan bijak yang mengandungi beberapa patah perkataan dalam satu ayat walaupun ayat tersebut belum sempurna.

Perkembangan pertuturan dan bahasa anak-anak sememangnya dipengaruhi dengan cara ibu bapa ataupun penjaga mengajarnya, selain daripada faktor genetik, kesihatan fizikal, persekitaran dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga digalakkan meluangkan masa yang lebih kepada anaknya sejak bayi lagi dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perhubungan dan komunikasi dengannya seperti bercakap, bermain, menyanyi dan sebagainya. Bayi memerlukan tindak balas dan bunyi-bunyi daripada orang-orang di sekelilingnya dalam mempelajari sesuatu bahasa.

22 February 2009

Obama ular hitam lidah bercabang

"Sebahagian dari 17,000 tentera tambahan Amerika yang dihantar oleh Obama ke Afghanistan sudah pun mula memburu dan membunuh kaum Muslimin. Pada hampir waktu yang sama Hillary Clinton melaung-laungkan semasa lawatan ke Indonesia akan hasrat Obama untuk memulihkan hubungan Amerika dengan orang Islam. Yang mana satu kita nak percaya. Jelas Obama anak seorang Islam dari Kenya ini lebih merbahaya kepada Islam berbanding dengan Bush.


Bush terang-terang anti-Islam dan melancarkan apa yang beliau sendiri anggap sebagai perang salib era ini. Kita boleh agak dan jangka apa yang Bush akan lakukan dalam usahanya memerangi Islam. Tapi, Obama bermuka dua. Susah kita nak agak apakah Obama yang lidah bercabang dua sebagai ular itu akan lakukan untuk menghapuskan Islam.

Pada mula kita berasa seronok apabila Presiden Amerika yang baru itu mengistiharkan dia akan tutup kem tahanan orang Islam di Guantanamo Bay. Saya tertanya-tanya kenapa si Obama tak tutup Guantanamo Bay serta merta dan lepaskan tahanan yang kebanyakkan adalah para ulamak Islam yang dikhianati dan dituduh oleh Bush sebagai pengganas. Kenapa ambil selama satu tahun untuk tutup Guantanamo Bay?

Jawapannya diberi sendiri oleh si Obama keparat beberapa hari setelah mengumumkan beliau bercadang hendak tutup Guantanam Bay dalam masa satu tahun. Obama telah merayu kepada negara-negara NATO untuk menerima sebahagian dari tahanan Guantanamo Bay itu di penjara-penjara mereka.

Negara-negara NATO yang dimaksudkan oleh Obama seperti Britain, Peranchis dan Jerman buat macam tak dengar. Mereka tahu niat Obama adalah untuk agih-agihkan kesalahan pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di Guantanamo Bay ke negara-negara Eropah.


Bontot Amerika dah rasa terlalu panas dan mahu bontot-bontot negara-negara NATO yang lain turut berasa panas dengan serangan-serangan dari kumpulan-kumpulan hak asasi manusia.

Yang perlu kita orang Islam sedarkan adalah niat Obama bukan hendak lepaskan tahanan Guantanamo tetapi mengagih-agihkan tahanan tersebut ke penjara-penjara di Eropah.

Yang lebih pentin untuk kita menyedari adalah Obama yang bermuka dua ini mungkin lebih merbahaya kepada kita orang Islam.

Dalam ucapan beliau menerima jawatan Presiden, si Obama telah meminta kita orang Islam "to unclenched your fist". Maknanya selama ini orang Islam sahaja yang bermusuhan dengan Amerika. Obama sepatutnya dalam nafas yang sama turut merayu kepada rakyat Amerika agar hentikan menganggap Islam itu sebagai musuh Amerika.

Bila Obama merayu kepada kita orang Islam "to unclenched your fist" ramai dari kita bersorak kegembiraan. Kita tidak sedar maksud sebenar Obama yang lidah bercabang macam ular itu adalah kita orang Islam yang bersalah, dan kita lah yang mesti membuktikan yang kita tidak punyai niat jahat terhadap Amerika dan Barat.

Macam manakah kita dikehendakki membuktikan yang kita tidak punyai niat jahat terhadap Amerika dan Barat? Apa yang berlaku waktu lawatan Hillary Clinton ke Jakarta baru-baru ini memberi kita sedikit-sebanyak petunjuk atau "clue".

Ada desas-desus mengatakan dalam perundingan tertutup (tertutup tu maknanya tertutup lah) antara Hillary Clinton dan kepimpinan Indonesia, Clinton menurut cerita dari orang dalam telah mengesa Indonesia membuktikan bahawa Indonesia akan "unclenched your fist" seperti yang disarankan oleh Obama dengan menghapuskan parti-parti politik yang memperjuangkan Islam dan menutup masjid dan surau yang disyakki tempat berkumpulnya golongan ekstremis, kumpulan-kumpulan dakwah Islamiah, sekolah-sekolah pondok agama dan bermacam lagi yang dianggap sebagai sarang menternak pengganas atau membakar semangat ekstremis Islam.

Dari apa yang telah dituntut oleh Hillary Clinton dalam perundingan tertutup itu dengan kepimpinan Indonesia, jelas bahawa niat Obama adalah untuk melemahkan pengajaran dan penyebaran Islam.

Obama mahu berundur dari Iraq, tetapi meningkatkan tahap membunuh orang Islam di Afghanistan. Senang saja nak tengok jalan pemikiran Obama.

Iraq sudah hampir hancur lebur. Bush telah berjaya meningkatkan permusuhan yang sudah lama wujud antara Sunni dan Syiah. Bila Obama tarik tentera Amerika keluar dari Iraq, maka kemungkinan besar akan berlaku perang besar-besaran antara Sunni dan Syiah yang mungkin akan berkesudahan dengan Iraq menjadi hancur lebur. Cukup pintar Obama.

Di Iraq agak sudah pasti Islam sesama Islam akan bunuh-membunuh seperti yang dikehendakki Amerika, maka Obama alihkan tenteranya dari Iraq ke Afghanistan untuk membunuh kaum Muslimin terutamanya wanita dan kanak-kanak di sana.

Saya harap masa akan mebuktikan bahawa tanggapan awal saya terhadap Obama ini adalah tidak betul kerana saya amat berhajat agar Obama yang bapanya seorang Islam dari Kenya dan ada sedikit pendedahan kepada Islam semasa kecil di Indonesia akan melangkah ke arah dasar berbaik-baik dengan orang Islam. Tapi pada awal-awal ini nampaknya Obama itu seorang yang licik dan bermuka dua terhadap Islam.

Kita tunggu dan lihat disamping berhati-hati terhadap Obama yang mungkin main silap mata dengan kita orang Islam.

Kita berdoa' memohon kepada Allah SWT agar Obama itu bersikap baik terhadap kita orang Islam dan kalau niat Obama itu sebenarnya jahat terhadap Islam maka kita memohon agar Allah SWT menghancurkan Amerika. Allah SWT yang memerangi sistem kapitalis yang berunsur riba dan penindasan itu sudah pun mewujudkan keadaan kegawatan ekonomi di Amerika yang menjurus kearah kehancuran. Kita harap Obama yang ada sedikit sebanyak pelajaran agama Islam akan sedar bahawa apa yang berlaku terhadap ekonomi Amerika itu adalah bala dari Allah SWT. Dan bencana lebih dahsyat lagi akan Allah SWT turunkan ke atas Amerika jika teruskan sistem kapitalis dan teruskan memerangi Islam.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa di atas segala-galanya.

Tarabulsi

22 Februari 2009

Cinta

Cinta sejati bukan bersifat fizikal atau romatik. Cinta sejati berputik dari hati yang ikhlas, menerima pasangan kita seadanya..menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing. Pasangan yang bahagia tidak semestinya memilki kekayaan dan kemewahan material tetapi mereka bersyukur dan menikmati kehidupan dengan apa yang mereka ada.

Che'Gu Bard: Bakar Bukti Rasuah Depan Pejabat SPRM

Telah beratus laporan rasuah dan salah guna kuasa yang cheGuBard telah buat sejak 1998. Maka dengan ini pada 26 Februari 2009, akan hadir di depan Pejabat SPRM untuk membakar semua salinan dokumen dan bukti rasuah yang pernah dihantar. Seluruh rakyat Malaysia dijemput menyaksikan !!!

- dari blog Che'Gu Bard



p/s - saya SOKONG sangat-sangat la cadangan supaya di bakar aja bukti-bukti yang pernah mana-mana NGO ka, Parti politik ka, buat laporan penyelewengan RASUAH kepada badan ini...yang dulunya menggunakan nama ala-ala kumpulan rock 80-an, BPR - bumi putra rokers...dan bebaru ni dah pun telah di rebrandingkan oleh bakal mantan PM Mesia dengan nama baru SPRM - suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia atau lebih glemer dikenali sebagai SPeRMa...
Bengkek betoi..parti selain umno-bn buat repot polis dan repot kat depa ni langsung tak disiasat dan keputusan senyap teruss...tapi tiba-tiba umno-bn buat laporan / repot..cepat-cepat la siasat dan UMUMkan keputusan nak dakwa teruss...HEBAT LA HANGPA...!!! Bravo-bravo...Ho yehh..Ho Yehhh...

--
Ahakksss......

http://bloghijat.blogspot.com/

20 February 2009

Petang 31 Januari 2009

'Nizar dan Sultan ada tafsiran sendiri, biar rakyat tentukan' - Haron Din

Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Thu | Feb 19, 09 | 12:08:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.



Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.

"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.

Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

Bapa Tak Berperikemanusiaan

smart girl

19 February 2009

intifada

Ceramah Tok Guru Nik Aziz

Ibu Bapa Yang Soleh Dan Kesannya



Peribadi yang baik dan soleh adalah merupakan tauladan yang terbaik buat anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka. Ini terlaksana antaranya apabila kedua orang tua mempunyai disiplin dan keperibadian yang bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti panduan yang ditunjukkan oleh-Nya di samping sentiasa bekerjasama bagi melaksanakan tugas dalam mendidik dengan baik.

Ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. (yang maksudnya):

“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (mewarisi) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 34)

Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di berkomentar, “Dan Allah menyebutkan keluarga-keluarga besar tersebut dan apa yang di dalamnya berupa manusia-manusia yang agung yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan, dan bahawasanya keutamaan dan kebaikan itu telah diwariskan secara turun temurun oleh anak-cucu mereka, yang mencakupi lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan kurniaan yang paling utama dan tempat kemurahan dan kebaikan-Nya yang paling utama. (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 487)

Kesan daripada Ibu bapa yang bertaqwa dan sholeh, para malaikat juga turut mendoakan buat mereka kebaikan dan memohonkan syurga buat anak-anak yang memiliki ibu bapa yang sholeh. Ini dapat dilihat dari firman Allah s.w.t. berikut (maksudnya):

“Ya Rabb kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Mukmin, 40: 8)

Malah, suatu anugerah dari Allah s.w.t., seandainya anak-anak cucu yang tersebut lahir dan hidup dalam keadaan yang penuh taqwa dan keimanan, taat kepada Allah s.w.t., maka Allah juga turut menyatakan bahawa kelak nanti di Syurga, Allah akan mempertemukan mereka.

Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (ath-Thuur, 52: 21)

18 February 2009

Mendoakan Kebaikan Keberkatan



Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya:
“Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376)
Aqiqah Dan Mencukur Rambut Bayi

Aqiqah di sini dimaksudkan dengan menyembelih haiwan dan mencukur rambut si bayi.

Dari satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Sesuatu yang perlu mengiringi bayi yang lahir itu adalah aqiqah. Oleh itu, sembelihlah untuk tujuan aqiqah itu dan singkirkanlah darinya bahaya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 380)

Dalam hadis yang lain,

“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184)

Hukum Aqiqah;

Hukum aqiqah, menurut Sheikh Dahlawi rahimahullah (r.h.), “Disunnahkan bagi orang yang memiliki atau mampu membeli dua ekor kambing agar menyembelih dua ekor untuk anak- lelaki.” (Rujuk: Hujjatullah al-Baalighah, 2/144)

Menurut Imam Ahmad bin Hanbal r.h., “Sesungguhnya aqiqah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.” (Rujuk: Kitab Tuhfat al-Maulud, m/s. 39)

Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu bukanlah wajib, akan tetapi mustahab (disukai/sunnah) dan ia sentiasa diamalkan oleh orang-orang dari kalangan kita.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)

Disunnahkan Pada Hari Ketujuh;

“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh...”

Dalam riwayat yang lain, ath-Thabrani dan Dhiya’ juga meriwayatkan secara marfu’ dari Buraidah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ke tujuh, atau ke empat belas, atau dua puluh satu.” (Lihat: Shahihul Jami’, no. 4132)

Jika melihat zahir hadis, ia jelas menunjukkan bahawa disunnahkan aqiqah itu pada ari yang ke tujuh. Namun ada sebahagian pendapat menyatakan dibolehkan ber-aqiqah pada hari yang lain jika tidak dapat pada hari yang ke tujuh. Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim,

“Melakukan aqiqah pada hari ke tujuh adalah sunnah. Namun, jika disembelih pada hari ke empat, ke lapan, ke sepuluh, atau selepasnya tetap dikira sebagai aqiqah. Aqiqah itu dikira mengenai hari penyembelihan bukannya hari dimasak dan dimakan.” (Rujuk Tuhfat al-Maulud, m/s. 43) Wallahu a’lam...

Haiwan Sembelihan;

1 – Aqiqah itu dilakukan untuk anak lelaki adalah dengan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing. Dan jantina haiwan itu tidak mengapa sama ada jantan ataupun betina.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Asma’ binti Yazid secara marfu’, “Aqiqah adalah hak yang mesti ditunaikan. Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan untuk anak perempuan satu ekor kambing.” (Disahihkan oleh al-Albani, lihat: Shahihul Jami’, no. 4106 dan 4107)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha (r.anha), berkata: “Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing, dan untuk anak perempuan adalah satu ekor kambing”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1565. Ibnu Majah, no. 3163. Disahihkan oleh al-Albani)

Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina...” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)

2 – Haiwan mestilah sihat, sempurna, dan tidak cacat.

Menurut Imam Malik, “Mereka yang melaksanakan aqiqah untuk anaknya, sama hal nya dengan melaksanakan ibadah kurban. Binatang yang disembelih tidak boleh buta sebelah matanya, tidak boleh kurus, cacat, atau sakit. Juga tidak boleh dijual dagingnya mahupun kulitnya dan tidak boleh dipatahkan tulangnya. Keluarga yang melakukan aqiqah boleh makan dagingnya dan menyedekahkannya kepada orang lain. Namun, si anak tidak boleh menyentuh darahnya.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7)

Mecukur Keseluruhan Rambut Bayi;

“Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184)

Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak sebagaimana hadis di atas.

Kemudiannya, rambut yang telah dicukur, disunnahkan juga untuk menimbangnya dan kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan kiraan berat rambut yang ditimbang dengan beberapa keping perak. Iaitu menukarkan berat rambut dengan berat perak.

Imam Malik meriwayatkan, bahawa “Fatimah, anak Rasulullah (s.a.w.) menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab, dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 2)

Memberikan nama;

Disunnahkan juga memberi nama kepadanya jika ia belum diberikan nama pada hari ‘aqiqah dilaksanakan atau ketika rambut dicukur, sebagaimana hadis “...lalu diberi nama dan dicukur rambutnya” iaitu dengan memberikan kepadanya nama yang baik. Ini dapat dilihat dalam beberapa hadis antaranya,

Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i. Sanad Hadis ini majhul, namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain. Lihat: Jami’ al-Ushul, 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth)

Dari Abu Basrah, Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat: Shahihul Jami’, no. 3269)

Ibu bapa hendaklah menjauhi diri dari meletakkan/memberikan nama kepada anak tersebut dengan nama-nama yang khusus bagi Allah seperti al-Ahad (yang Esa), al-Kholiq (yang Maha Pencipta), dan seumpamanya. Juga janganlah sekali-kali meletakkan nama dengan nama-nama yang buruk dan memiliki maksud yang tidak elok.

Sheikh Dr. Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan, “Kuniyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706, oleh Sheikh Dr. Bakr)

Doa Agar Dikurniakan Anak Yang Soleh

Doa adalah salah satu perkara yang agung yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman sebagai suatu bentuk penghubung dirinya kepada Allah s.w.t.. Melalui doa, Allah s.w.t. memberi peluang kepada kita untuk memohon sesuatu yang diperlukan dan diingini. Malalui doa jugalah Allah akan membantu kita dengan mengabulkan apa yang diingini oleh hati-hati kita. Allah s.w.t. berfirman:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (al-Baqarah, 2: 186)

Melalui al-Qur’an sendiri, terdapat banyak kisah-kisah dan doa-doa yang boleh menjadi contoh kepada para keluarga, pasangan suami isteri, dan mereka yang berkaitan, tentang kehebatan doa agar dikurniakan cahaya mata serta meraih kurniaan anak yang sholeh.

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::