Segala artikel yang terdapat dalam blog ini adalah hasil penulisan dan pengalaman penulis. Terdapat juga petikan daripada blog-blog yang lain sebagai bahan berita. Sesiapa saja dibenarkan mengambil dan menyiarkannya di mana-mana bahagian tanpa perlu meminta kebenaran penulis demi kebaikan bersama. Semoga apa jua yang terkandung dalam blog ini dapat memberi manafaat seluruh manusia sejagat
31 March 2011
Dana Di Dunia Dan Akhirat
Riwayat: Riwayat at-Tirmidzi
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu
Huraian Hadith:
1. Ilmu pengetahuan menurut Islam sama ada yang berunsur keduniaan mahupun keakhiratan adalah bersifat sepadu (integrated) dan saling berhubung di antara satu sama lain.
2. Berasaskan pegangan inilah maka kehidupan dunia akan dapat dijadikan persediaan untuk kehidupan di akhirat.
3. Ilmu terbahagi kepada dua iaitu ilmu naqliyah yang berteraskan wahyu seperti aqidah, syariah dan akhlak dan ilmu aqliyah iaitu ilmu yang pada zahirnya dipandu oleh akal bagi memperolehi kejayaan dan kemajuan duniawi. Kedua-dua jenis ilmu ini bersepadu bagi mencapai satu matlamat iaitu keredhaan Allah SWT.
4. Islam menggalakkan umatnya memiliki seberapa banyak ilmu dalam usaha mencari kehidupan yang baik dan sempurna disamping memajukan masyarakat menurut lunas-lunas yang dibenarkan oleh Islam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME AGAIN!
Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::