"Perasaan hasad dengki merupakan salah satu sikap yang biasa kita dapati
dalam diri seseorang. Sikap dengki yang keterlaluan terhadap seseorang
adakalanya menyebabkan seseorang bertindak di luar batas etika
perikemanusiaan sehingga sanggup mengenakan orang yang didengki dengan
pelbagai cara buruk seperti santau dan lain-lain. Ini mengingatkan saya
kepada satu cerita yang telah diceritakan oleh rakan study saya baru-baru
ini.
Julia (bukan nama sebenar), seorang pensyarah muda di salah sebuah
universiti awam terkemuka di Malaysia telahpun berkahwin dengan lelaki
pilihannya sendiri, Ahmad, kira-kira setahun lebih yang lalu. Pada mulanya
semuanya berjalan dengan lancar, kehidupan mereka suami isteri memang
bahagia. Kebahagiaan ini ditambah pula dengan kehidupannya yang selesa,
maklumlah kerja pensyarah, gaji pun boleh tahan besar, walaupun suaminya
hanya seorang electrical technician sahaja. Namun langit tidak
selalunya cerah, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari.
Kehidupan bahagia yang mereka kecapi mulai terganggu ketika usia
perkahwinan mereka genap setahun berikutan malang yang menimpa Julia. Entah
apa sebabnya kerjanya sebagai pensyarah selalu terganggu kerana kesihatan
yang tidak mengizinkan. Jarang sekali Julia sakit, malah batuk pun sangat
jarang dihidapinya mungkin kerana dirinya yang rajin bersenam menjadikan
antibodinya kuat melawan penyakit. Namun penyakit yang mengganggunya kini
memang betul-betul menyukarkan kehidupannya. Adakalanya disebabkan penyakit
tersebut, kerjanya yang banyak tertunda menyebabkan dia membawa masalah di
tempat kerja ke rumah. Ini secara tidak langsung menyebabkan rumahtangganya
bergolak.
Julia sering mengadu sakit kepala terasa seperti berpusing-pusing dan
berdenyut-denyut sakitnya. Malah ada masanya ketika sedang sibuk mengadap
komputer kepalanya terasa berat dan pandangannya berpinar-pinar.Bukan itu
sahaja Julia juga sering muntah-muntah dan tekaknya sering merasa loya,
malahan selera makannya juga sangat pelik. Kadangkala Julia tiada langsung
selera makan, tetapi ada masanya Julia makan terlalu banyak seolah-olah ada
sesuatu dalam dirinya yang turut makan bersama! Keganjilan selera makan
Julia sangat ketara apabila dia yang selama ini tidak menyukai taugeh
tiba-tiba
berubah sikap menjadi seseorang yang sangat sukakan taugeh.
Hari demi hari penyakit Julia bertambah teruk bila sikapnya yang periang
dan baikhati berubah kepada seseorang yang sering marah-marah. Selain itu,
Julia juga sukar tidur seperti ada sesuatu yang sering membuatkan dirinya
gelisah terutama pada waktu malam. Rakan-rakan sepejabatnya mulai syak yang
Julia terkena buatan orang lantas mengesyorkan suami Julia supaya membawa
Julia berjumpa bomoh. Namun suaminya berkeras mengatakan yang Julia
tiada apa-apa, mungkin demam biasa sahaja. Sikap suami Julia yang berdegil
tidak mahu membawa Julia pergi berubat amat mengejutkan rakan-rakan
sepejabatnya.
Di atas rasa simpati, rakan-rakan sepejabat Julia sepakat untuk membawa
Julia berjumpa bomoh tanpa pengetahuan suami Julia. Dan jangkaan mereka
tepat apabila bomoh yang mereka temui mengesahkan yang Julia terkena buatan
orang! Namun hajat mereka agar bomoh tersebut dapat membantu Julia tidak
kesampaian apabila bomoh tersebut mengatakan ianya sudah terlambat, Julia
tidak dapat diubati lagi. Walaupun bomoh tersebut tidak dapat mengubati
Julia tetapi dia dapat memberitahu siapa yang bertanggungjawab menyebabkan
Julia jadi begitu.
Apa yang memeranjatkan rakan sepejabat Julia adalah apabila bomoh tersebut
mengatakan suami Julia sendiri yang menyebabkannya jadi begitu. Kini
persoalan mereka mengapa suami Julia berkeras tidak mahu membawa Julia
berubat
terjawab sudah. Persoalan yang tinggal kini adalah mengapa suami Julia
sanggup melakukan perkara tersebut ke atas isterinya sendiri?
Memandangkan bomoh yang mereka temui gagal membantu, rakan sepejabat Julia
mengambil keputusan untuk cuba membawa Julia ke hospital pula. Di hospital,
mereka menerima satu lagi kejutan apabila doktor yang merawat Julia turut
mengesahkan Julia terkena buatan suaminya sendiri. Mana mungkin rawatan
moden juga memberikan jawapan tersebut?
Tapi yelah...memanglah Julia terkena buatan orang,
dia disahkan
mengandung 2 bulan!
Betullah terkena buatan suami sendiri. Hahahaha
Segala artikel yang terdapat dalam blog ini adalah hasil penulisan dan pengalaman penulis. Terdapat juga petikan daripada blog-blog yang lain sebagai bahan berita. Sesiapa saja dibenarkan mengambil dan menyiarkannya di mana-mana bahagian tanpa perlu meminta kebenaran penulis demi kebaikan bersama. Semoga apa jua yang terkandung dalam blog ini dapat memberi manafaat seluruh manusia sejagat
11 March 2011
Antara Perkara Wanita tidak sempat Bagitau Lelaki
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang
menangis di dalam
hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,
lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan
itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki
itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh
mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat
keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih
ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan
dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik
saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan
senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih
mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau
menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia
sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak
buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang
dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi
lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu
di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan
lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai
setulus
hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sejenak ke dlm alam rumahtangga.
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan
berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di
mata
usia meningkat kecantikan tergugat
dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.
Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan
kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada
amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit
kerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada
segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah
perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir
isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :
Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.
Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.
Sekian.

Cara Pilih Sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Pernahkah anda?
Pernah tak anda rasa nak kentut sgt masa tengah lepak ngan kawan
berlainan spesis/jantina, anda tahan sgt sampai terkulat muka?
Pernah tak masa anda tengah jenjalan kat depan khayalak ramai,
tetiba tu seluar spender/panties cam terselit kat celah bontot, rasa cam
tak
selesa sgt, ikutkan hati nak aje tarik spender/panties itu?
Pernah tak masa tengah dalam jam, anda korek hidung, lepas tu
tengok tahi hidung itu, kemudian gentel dan jentik?
Pernah tak anda mengalami situasi di mana celah bontot amatla
gatal yang amats, di depan khalayak ramai, menyebabkan terpaksalah anda
menahan kegatalan itu dengan tabah?
Pernah tak anda tunggu kawan anda di suatu tempat contohnya di
hartamas,lepas tu anda jadi resah dan kesah sebab semua orang kelihatan
cam
memandang anda sbb anda satu-satunya makhluk yang berdiri, lalu anda pun
buat-buat aksi yang menunjukkan anda sedang menunggu orang,
contohnya melihat-lihat jam tangan?
Pernah tak anda memandu kereta manual, lepas tu disebabkan kesilapan
teknikal kereta anda terjerk macam kuda dan mati, sekali lagi dikhalayak
ramai contohnya di depan kedai makan, lalu anda pun membatalkan
niat hendak ke kedai itu untuk menutup kemaluan yang amat?
Pernah tak di bulan puasa di waktu siang, anda berpura-pura kononnye
membelikan makanan untuk kawan bukan Islam anda, dan mengadakan
perbualan
palsu di telefon contohnya, "haa helo Mike, aku dah belikan bigmac kau!
Kau
nak air ape siot?"
Sekiranya anda pernah melakukan satu atau dua atau lebih perkara
diatas, tahniah diucapkan! Kerana anda telah berjaya menjadi manusia
normal!"

Balasan
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a.ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.
Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah! S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah
keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan
dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap
darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
Laa ilaaha illallahu Muhammadur Rasulullah, mengapakah kamu semua
hendakmembunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.

Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME AGAIN!
Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::