23 February 2009

Perak Darul Ridzuan

1. Kita sedang melihat banyak peristiwa yang pelik berlaku di Perak yang dahulu terkenal dengan timahnya. Tetapi tidak ada yang lebih lucu daripada nasihat Perdana Menteri kepada Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Barisan Nasional supaya beliau membuat laporan polis berkenaan dengan penggantungannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

2. Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

3. Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.


4. Sekarang dilaporkan yang Dr Zambry akan hadir sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Mengikut aturan peraturan Dewan, Speaker boleh arah pegawai Dewan untuk keluarkan Yang Amat Berhormat Dr Zambry dari Dewan. Dapatkah pegawai berkenaan yang bukan terdiri daripada parti Pakatan Rakyat berbuat demikian?

5. Dimana pula tempat duduk YAB Zambry? Apakata kalau YB Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin duduk di tempat Menteri Besar? Apakah pegawai Dewan akan disuruh oleh Speaker untuk paksa Nizar kosongkan kerusinya? Apakah YAB Zambry akan berada di Dewan atau di luar Dewan setelah Speaker mengarah pegawai sekat YAB Zambry daripada berada dalam Dewan.

6. Bersama-samalah kita rakyat lihat akan peristiwa yang akan berlaku.

Perkembangan Pertuturan Dan Bahasa

Apakah bunyi yang pertama kedengaran daripada seseorang bayi apabila dilahirkan dari rahim ibunya? Tidak lain dan tidak bukan dengan suara tangisannya. Secara tidak disedari, bayi mula berhubung dengan ibu bapa ataupun penjaganya sejak dilahirkan dengan bunyi tangisannya. Pertuturan dan pertuturan orang dewasa dapat dibezakan dengan kelainan sebutan dan ayat. Bagaimana pula dengan seseorang bayi? Kelainan bahasa tangisan bayi adalah dengan kelainan nada tangisannya. Contohnya, apabila seseorang bayi lapar, dia akan mengeluarkan nada tangisan yang sederhana tingginya dan berpanjangan manakala seseorang bayi yang dalam kesakitan pula mengeluarkan nada yang tinggi dan kuat serta berpanjangan.



Pada peringkat awal ini, bayi seolah-olah bercakap-cakap dengan ibunya apabila ditegur. Suara yang perlahan dikeluarkan dari lehernya dan bunyi-bunyi seperti huruf-huruf A, E, I, O dan U dikeluarkan. Hal ini disebabkan otot-ototnya yang mengawal pengeluaran suara dari kerongkongnya yang msih belum matang. Hal ini akan mula kelihatan apabila bayi berumur lebih kurang 6 minggu dan ke atas. Pada bulan pertama dan kedua sejak kelahirannya, tangisanlah yang merupakan satu-satunya cara berkomunikasi dengan ibunya.



Para ibu hendaklah memberi reaksi yang positif dengan segera terhadap tangisan anak-anak. Penjagaan yang rapi amat diperlukan ketika anak-anak masih kecil. Ibu digalakkan bertentang mata dengan bayinya apabila bermain dan berkata-kata dengannya. Cara-cara ini dapat mempercepatkan perkembangan dalam petuturan dan bahasa bayi.

Apabila bayi-bayi mencapai umur kira-kira 6 minggu ke atas, mereka mula boleh mengeluarkan bunyi-bunyi perlahan dari lehernya apabila mereka mendapat respon daripada orang-orang dipersekitaran. Suaranya yang perlahan akan berubah dan bertambah jelas apabila mencapai 2 bulan dan ke atas. Pada ketika ini, ibu-ibu boleh memperkenalkan pelbagai bunyi dengan menggunakan mulut ataupun peralatan yang lain seperti alat permainan untuk menarik perhatian bayi anda.

Pertuturan dan suara bayi menjadi semakin lantang dan matang apabila umurnya mencapai kira-kira 3 bulan hinggalah 4 bulan. Bunyi-bunyi seperti uhh, ahh, eeeh, oohh dan sebagainya dituturkan. Pada peringkat ini, bayi akan mula dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang menatap mukanya serta menegurnya. Pada masa yang sama, bayi akan mempelahari cara untuk bersenyum dan berketawaan kepada sesiapa yang bercakap dan bermain denganya. Perhubungan ibu dan anak pada peringkat ini menjadi lebih intim dimana perhubungan dua hala antara ibu dengan bayinya. Bayi akan bertambah gembira apabila ibu ataupun penjaganya mengikut bunyi yang dihasilkan olehnya. Ibu-ibu ataupun penjaga-penjaga digalakkan menggunakan bahasa yang mudah serta ayat yang pendek secara berulang-ulangan. Pembelajaran anak-anak akan berkembang dengan lebih cepat dengan menggunakan cara ini.



Setelah bayi berusia kira-kira 6 bulan, bunyi-bunyi seperti ma-ma-ma, ba-ba-ba, da-da-da, ta-ta-ta, ah-ah-ah dan sebagainya dituturkan. Peringkat ini dinamakan sebagai ‘babbling’ ataupun gagahan. Proses ini akan berterusan sehinggalah bayi berumur kira-kira 9 hingga 12 bulan dimana bayi akan mula memendekkan sebutan bunyinya. Sebagai contoh, ba-ba-ba akan bertukar kepada ‘a-ba’ ataupun ma-ma-ma akan bertukar menjadi ‘mama’. Pada peringkat ini, ibu-ibu digalakkan supaya memberi tindak balas yang sesuai kepada bayinya apabila bayi mengeluarkan bunyi yang mempunyai makna tertentu. Misalnya, apabila bayi menyebut ‘mama’, ibu ataupun penjaga haruslah menyambutnya dengan kata-kata seperti “mama di sini” sambil menunjukkan muka sendiri dan bersenyum padanya. Bunyi yang dihasilkan oleh bayi dalam suasana tertentu dapat diperkuatkan dengan makna perkataan tersebut dengan menjalankan aktiviti yang berkaitan.

Ketika tahun pertama, kebolehan bayi untuk memahami apa yang diperkatakan kepadanya lebih daripada apa yang diperkatakan olehnya. Hal ini menunjukkan bahawa ia boleh memahami walaupun tidak dapat bercakap. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga disarankan supaya meningkatkan aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pertuturan. Pada tahun kedua dan seterusnya, kebolehan bayi untuk mengeluarkan kata-kata dan bercakap akan bertambah.

Semasa bayi berumur 12-18 bulan, ianya akan mempelajari dan mullah dapat menyebutkan beberapa perkataan, lebih kurang 6-10 patah perkataan yang boleh difahami oleh orang dewasa. Semasa bayi berumur 15-18 bulan pula, bayi biasanya tidak berhenti-henti mengeluarkan bunyi-bunyi yang seolah-olahnya sedang bercakap seperti seseorang dewasa. Walaupun dalam banyak-banyak bunyi yang dikeluarkan tidak banyak yang difahami, proses pembelajaran bahasa sedang berlaku. Oleh itu, ibu bapa masih digalakkan untuk melayan anaknya yang aktif bertutur itu. Pada masa yang sama, ibu bapa bolehlah membetulkan bahasa-bahasa bayinya dengan memperkuatkan perkataan tersebut dan disebut secara berulang-ulang supaya dapat disimpan dalam ingatan panjangnya.

Anak-anak yang mencapai umur 2 pula akan bercakap dua patah perkataan dalam satu ayat. Sebagai contoh, “Mak main”, “nak nasi”, “ba susu” dan sebagainya. Perkembangan pertuturan juga bergantung kepada rangsangan yang diterimanya. Jika anak-anak diberi rangsangan yang lebih, kanak-kanak pada umur ini dapat bercakap 3-4 patah perkataan dalam satu ayat.





Secara umumnya, kanak-kanak akan mula bercakap menggunakan tiga patah perkataan dan ke atas dalam satu ayat apabila umur mencecah 3 tahun. Contohnya, “Papa nak main”. Apabila kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas, biasanya anak-anak dapat bertutur dengan bijak yang mengandungi beberapa patah perkataan dalam satu ayat walaupun ayat tersebut belum sempurna.

Perkembangan pertuturan dan bahasa anak-anak sememangnya dipengaruhi dengan cara ibu bapa ataupun penjaga mengajarnya, selain daripada faktor genetik, kesihatan fizikal, persekitaran dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa atau penjaga digalakkan meluangkan masa yang lebih kepada anaknya sejak bayi lagi dengan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang boleh meningkatkan perhubungan dan komunikasi dengannya seperti bercakap, bermain, menyanyi dan sebagainya. Bayi memerlukan tindak balas dan bunyi-bunyi daripada orang-orang di sekelilingnya dalam mempelajari sesuatu bahasa.

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::