Segala artikel yang terdapat dalam blog ini adalah hasil penulisan dan pengalaman penulis. Terdapat juga petikan daripada blog-blog yang lain sebagai bahan berita. Sesiapa saja dibenarkan mengambil dan menyiarkannya di mana-mana bahagian tanpa perlu meminta kebenaran penulis demi kebaikan bersama. Semoga apa jua yang terkandung dalam blog ini dapat memberi manafaat seluruh manusia sejagat
20 November 2009
Kelantan Darul Naim
Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Berdasarkan pada Bancian Tahun 2000, Kelantan mempunyai seramai 1,313,014 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 95%, diikuti dengan kaum Cina 3.8%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.9%. Berdasarkan bancian tersebut, 95% beragama Islam, diikuti dengan agama Buddha 4.4%, Kristian 0.2%, Hindu 0.2% dan lain-lain agama 0.2%.
Subscribe to:
Posts (Atom)
WELCOME AGAIN!
Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::