28 October 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.




Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

ADAB UZ-ZIFAF
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh
ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua
kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh
puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan
tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin
sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan
pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu
pertama perkahwinan iaitu :



1. Susu



2. Cuka



3. Coriander (Ketumbar)



4. Apple Masam




Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis
makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan
sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan
yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di
larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."



"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."







2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas
zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat
suka kepada manusia yang bermata juling." 4. "Wahai Ali..! janganlah
bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak
selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta
->iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang
bersifat benci dan hina."


7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya
kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia
akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi
seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan
pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :

"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah(Al-Quran)
dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan
Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Selasa,Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat
nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna
Muhammadaar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala
kepadanya)bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau
seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan
nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa danpetah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari
Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang
terkenal,masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."... ..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas memasak ..."

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::