15 August 2009

BIODATA RASULULLAH

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai
tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali
Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua
malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN · Ibunya Aminah
binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa'
(sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu
Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' ,
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib
dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
· Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan
berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah
SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam'ah
§ 'Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti 'Umar (anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy.
Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).





SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN

SAUDARA SUSUAN

1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
3.. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul 'Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-'Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya 'Abdul 'Uzza)
8.. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. 'Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-'Awwam) *** *** Sempat masuk Islam.
## Ulama' berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku,
maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku
nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

10 Hadiah Menarik!

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah

benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan

merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan.

Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif

seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.

Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak"

atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa

dia dihargai.

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian : Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu

dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama

orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.

Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan

beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

14 August 2009

Mandi Air Sejuk Atau Air Panas?

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan

untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta

berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.



Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang

dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan

tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar

supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20

minit.



Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat

menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang

dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.



Jangkitan kulit : Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal

boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam

air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik.. Isikan air ke bekas mandian

dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam

selama 10 hingga 20 minit.



Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu

menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah.

Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan

pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti

lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya

selama 10 hingga 20 minit.



Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki

sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan

hidung, selsema dan sembelit.

Persediaan Puasa

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu
terdapat keberkatan.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923..



Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam

ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h: “Keberkatan sahur

itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab,

menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang

timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta

saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan

memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa

sebelum tidur.” – Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.



Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah

puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).

Sabda Rasulullah s.a.w:



“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah

makan sahur.” - Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643



Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan

rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan

sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun

dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :



“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya

meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya

Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” -

Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.



Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan

solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:



“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan

azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar

sodiq benar-benar telah terbit.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.



Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak

membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi

Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga

terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:



“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya

siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian

sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” - Surah al-Baqarah:187



Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:



“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk

mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.



Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana

waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.



Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar

waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit

sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:



“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat.

Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kirakira

(membaca) lima puluh ayat.” - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.



Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah

sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak

lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis

tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda

makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan

waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi

s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.



Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:



1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai

bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang

itu meninggalkan solat Subuh.



2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan

kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal

maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan

keletihan pada siang harinya.

13 August 2009

13 Aurat Perempuan

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31 - Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah)

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani). Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu. (Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah)

7. Muka dan Tangan - Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang nipis. Sabda Rasullulah, "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja". (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan, hukumnya haram (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi)

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al-Ahzab Ayat 32)

Sabda S.A.W, Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah)

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31)

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar)

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: "Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"..

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

10 August 2009

Amalan


Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) .
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu,di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai d ima na dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari,iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan,tanpanya makanan tidak hadam)


Mengenali kedai makan pakai pelaris haram

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal, ialah pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai.

Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai.
Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita.

Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan.
Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier.

Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc).

Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris.

Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka...

Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Cium Anak

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.

Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.
" Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.

Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?" Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu.
" Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::