28 October 2009

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.




Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.

ADAB UZ-ZIFAF
"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari
Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid
daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada
Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh
ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua
kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh
puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan
tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin
sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan
pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak
selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu
daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu
pertama perkahwinan iaitu :



1. Susu



2. Cuka



3. Coriander (Ketumbar)



4. Apple Masam




Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis
makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan
sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak.
Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan
yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di
larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan
menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid
itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."



"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."







2. "Wahai Ali..! janganlah engkau berjima' dengan isterimu pada awal (hari
pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di
hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan sopak mudah
mengenainya dan anaknya."

3. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu selepas
zuhor,sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak
kerana jima' pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat
suka kepada manusia yang bermata juling." 4. "Wahai Ali..! janganlah
bercakap-cakap semasa jima', sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak dengan jima' yang demikian, maka anak itu tidak
selamat daripada bisu."

5. "Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah
pandanganmu sewaktu berjima', (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta
->iaitu anak."

6. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan perempuanmu dengan syahwat
terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang
bersifat benci dan hina."


7. "Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca
Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api
(bala) dari langit yang membakar kamu berdua."

8. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu kecuali ada padamu satu
tuala dan pada isterimu satu tuala."

9. "Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah
dan talak."

10. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu secara berdiri,
maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing
di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat."

11. "Wahai Ali..! janganlah berjima' dengan isterimu pada malam 'AidilFitri
(Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu
berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya
kecuali sudah tua."

12. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam 'Aidil
Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima' pada malam tersebut,
apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia
akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat."

13. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah cahaya
matahari (secara langsung - direct) dan terkena warna (cahayanya),kecuali
kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati."

14. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di bawah pohon
kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu
berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat
atau seorang ketua yang bengis,"

15. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima' pada waktu demikian, sesungguhnya jika Allah
mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah."

16. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu semasa ia hamil
kecuali kamu berdua berwudhu', jika tidak maka sesungguhnya jika Allah
s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang
buta hati dan bakhil tangan."

17. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada pertengahan
(Nisfu) Sya'ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya."

18. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada akhir bulan
(yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi
seorang yang sentiasa perlu meminta-minta."

19. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu dengan syahwat
terhadap saudara perempuannya (ipar kamu) kerana yang demikian itu
sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan
pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia."

20. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu di atas loteng
maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak
kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang
melewati batas."

21. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada malam kamu
hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau
Allahs.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan
harta kepada yang tidak Haq," dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran :

"Innal Mubazziriina kaanu - ikhwan Nas - Syayathin."

22. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu bila kamu keluar
bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu
sesungguhnya bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti
ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim."

23. "Wahai Ali..! janganlah kamu berjima' dengan isterimu pada awal malam,
maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat."

ANJURAN BERJIMA'

24. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu bacalah : "Allahumma
Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani." Maka yang demikian
itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan
oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya."

25. "Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima' dengan isterimu pada malam Isnin
maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak,
ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah(Al-Quran)
dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada' dan
Qadar Allah)."

26. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam
Selasa,Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat
nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : 'Anla ilahaillallah wa anna
Muhammadaar-Rasulullah' dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala
kepadanya)bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan
melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan
mengadu-domba."

27. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu malam Khamis, maka
Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau
seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim."

28. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu sewaktu matahari di
tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak
yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang
yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan
dunia."

29. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat dan
nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa danpetah."

30. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada hari
Jumaat,selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang
terkenal,masyhor dan alim."

31. "Wahai Ali..! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam Jumaat
selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti
menjadi seorang yang abdal (terkemuka),"

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S."... ..1*

(1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

Solat dan Sains : Rahsia Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas memasak ..."

21 October 2009

SOLAT SUNAT DHUHA

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

19 October 2009

Baiki cara solat khas utk perempuan

Ceramah agama mengenai cara Solat khas untuk wanita..
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri"
sblm menghadap Yg Esa.

Perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat...sewaktu kita
berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
menyesallah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.


Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman
hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa
lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi".
Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit terbuka di antara
kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
"....illallahh. .." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan
diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
sedang menghadap yg Esa.


Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2
sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

13 October 2009

MENITI USIA SENJA BERPANDUKAN ISLAM

Islam meletakkan garis panduan umur seseorang Islam mengikut tahap2 berikut;

1) Mumaiyiz
Tahap dimana seorang kanak2 sudah boleh membezakan baik & buruk. Dan setiap insan berbeza dari segi umur mumaiyiz nya. Mereka ini jika berbuat salah tidak berdosa & jika berbuat baik tiada pahala, ibubapa yang menanggungnya sehingga sampai umur baligh, iaitu bagi anak lelaki sukar ditentukan secara tepat seperti datang mimpi, dsbnya. Bagi anak perempuan sehingga datang haidnya, maka jelaslah balighnya.. Islam tidak menetapkan umur tertentu seperti orang barat.

2) Pemuda/i
Bermula dari umur baligh hingga umur 40tahun. Namun pada umur ini belum cukup kuat akalnya. Pun begitu sudah layaklah menanggung amanah & dosa pahalanya. Jika ada sikap2 buruk di antara umur ini, masih ada ruang untuk berubah sebelum tibanya umur 40tahun.

3) Orang tua
Bermula umur 40tahun dan ke atas. Ketika ini seseorang telah dianggap sudah amat matang. Nabi SAW juga menerima wahyu ketika berusia 40thn, ketika akal manusia sudah stabil & lengkap.Yg mana Allah Maha Mengetahui hal keadaan hamba2 ciptaanNya. Jika sesuatu tabiat2 buruk berterusan melepasi 40thn maka ditakuti dia akan mati dgn tabiat2 buruk itu tanpa dapat mengubahnya lagi. Sebaliknya jika seseorang itu sudah dapat mengubah tabiat2 buruk itu seblm umur 40thn, maka insyaAllah tabiat baik itu akan kekal sehingga waktu matinya.

Sabda Nabi SAW (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad drp Anas b Malik);

"Barang siapa yang telah dipanjangkan umurnya dalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh sehingga sampai umur 40tahunMAKA Allah akan memberikan beberapa hadiah iaitu RahmatNya kepada orang itu, iaitu dia akan dijauhkan drpd 3 jenis bala, iaitu GILA(al junun), kulit terkopak2 (al juzam) & penyakit sopak (al baros) iaitu kulit menjadi sebhg putih2.

Apabila seseorang itu sampai umur 50tahundalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, maka Allah akan mempermudahkan hisabnya, yg mana Malaikat tidak akan menulis amalan dosa2 yang kecil sedangkan amalan baik akan masih terus ditulis.. Namun kita haruslah ingat bahwa Allah menyembunyikan KEREDAAN & KEMURKAANNYA, maka kita wajib berusaha menghindari dosa walaupun kecil kerana ditakuti dosa2 kecil yg berterusan yg kita buat itu (cth:merokok, pakai seluar pendek, tak tutup aurat dgn betul) yg menjadi kemurkaan Allah. Sebaliknya berusahalah berbuat baik walaupun kecil kerana mungkin itu yang menjadi KEREDAAN Allah.

Apabila seseorang itu telah mencapai umur 60tahundalam keadaan Islam, beriman & beramal soleh, Allah akan beri rasa suka & cinta utk bertaubat kepada Allah SWT & suka membuat amal2 soleh kerana nak kembali pada Allah. Jika sebaliknya Allah tidak akan beri hadiah ini.

Apabila telah mencapai umur 70tahunAllah akan cinta kepadanya, bahkan seluruh Malaikat yg berada dilangit akan menyayanginya dengan syarat dia berterusan melakukan segala perintah Allah & menjauhi laranganNya dan juga telah melalui umur2 dan mendapat hadiah2 tersebut di atas.

Apabila telah mencapai umur 80tahun, Allah akan terima segala amalan baiknya walaupun dia tidak sepenuhnya ikhlas & Allah tidak catit amalan dosanya yang kecil. Sesuatu amalan yang baik semata2 kerana Allah dikira ikhlas. Tapi amalan yang dibuat kerana Allah dan juga kerana manusia juga dikira oleh Allah sebagai ikhlas. Pada umur ini Allah terima amalan nya walaupun dia lupa. Malaikat yg mencatit dosa tidak lagi mencatit dosa2nya, sedangkan pahala berterusan dicatit.

Apabila telah sampai umur 90tahundengan syarat dia telah menerima hadiah2 pada umur2 sebelumnya, maka Allah akan memberi RahmatNya di mana Allah;

i) mengampunkan segala dosanya yang lalu dengan Allah seperti orang yg mengerjakan haji. Namun bukan dosanya dengan manusia;

ii) menahan orang ini di muka bumi supaya Allah tambah RahmatNya kepada orang ini;

iii) juga memberi izin pada orang ini untuk memberi pertolongan pada ahli keluarganya di akhirat kelak supaya terhindar dari Neraka atau dikeluarkan dari Neraka."


Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Maka mereka yang menjaga orang tua seperti di atas akan diRahmati Allah & dipermudahkan urusannya.

Tips dari Saidina Ali kw;

*** "Jika ingin menjadi orang yg apabila tuaTIDAK NYANYUK, tak mengenal benda sebaliknya menjadi orang tua yang bermanfaat & segar otaknya maka sedari muda lagi amalkan MEMBACA AL QURAN" ***

Tanpa kita minta, kita akan disayangi ramai orang apabila membaca Al-Quran itu menjadi amalan yang berterusan.

Doa pada umur 40tahun :
Surah Al Ahqaf Juzuk 26 : Ayat15
" Ya Allah,berilah aku peluang, RahmatMu utk aku bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala Nikmat yang Kau kurniakan kepadaku & juga Nikmat yang kau beri kepada kedua orang ibubapaku dan semoga Engkau beri peluang kepadaku untuk melakukan amal soleh yang mana Engkau redai. Ya Allah, semoga engkau memberikan zuriat yang baik & soleh dan semoga Engkau mengislah (memperbaikkan) zuriatku ini. Sesungguhnya aku ini bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku ini dari kalangan orang2 Islam (org yg mengamalkan Rukun2 Islam)"

Sabda Nabi SAW: "KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAMANYA SELAGI KAMU BERPEGANG KPD 2 PERKARA, IAITU AL-QURAN & SUNNAHKU."

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::