13 April 2011

Cadangan Rumah Banglo


Pelan Lantai dengan keluasan 1893 sq ft. Kedudukan tapak adalah sebagaimana kedudukan yang dibenarkan oleh Pihak Majlis Daerah Pasir Mas. Jika tapak bina yang bakal di naikkan berlainan sebagaimana di pelan hendaklah dimaklum untuk tindakan.


Berikut ialah pandangan daripada 4 lokasi berlainan. Ketinggian bangunan boleh dinaikkan sehingga 2 kaki bagi mengelakkan berlakunya banjir. Aras siling juga boleh dinaikkan sehingga 13 kaki mengikut kesesuai. Akan tetapi dengan ketinggian 12 sudah mencukupi untuk bangunan tersebut.

Kenduri Kahwin

Cakap sahaja kenduri, biasanya tumbanglah sekor dua lembu bagi yang berduit tu, atau sepikul dua daging bagi yang kurang berada.

Tapi biasanya balik modal sebab salam kerut (tetamu datang, makan, dah nak balik, salam ngan ayah pengantin dan bagi sampul) ini biasanya orang Kelantan bagi dalam RM10 seorang.

Itu pun paling sikik. Kenduri kawen di Kelantan, makan2 dulu baru salam (sampul). Kalo negeri lain, banyak yang kena bagi sampul dulu baru bleh makan…

Tetamu kenduri di Kelantan, kalo dijemput, memang dia akan datang sorang jer. Bagi sampul isi RM10 untuk dia sorang sahaja.

Kalau negeri lain, pasti bawak anak bini dan sampul isi RM5 sahaja.

Orang Kelantan jugak agak sensitif bila soal undang mengundang atau walimatulurus ke kenduri kahwin.
Kalu setakat kirim kad dengan pos, maaf lah nak datang. Bagi orang Kelantan, adab mengundang, datanglah bertandang bertemu mata, (macam jumpa raya). Bukan datang semata-mata nak mencekik sahaja.

12 April 2011

Jangan Berbohong

Riwayat: (Bukhari)

Hadith:
Dari Ibnu Umar r.a katanya: Saya dengar nabi SAW bersabda: Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak.

Huraian Hadith:

Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.

Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina. Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya: Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)."

Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu."Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab: Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina.

11 April 2011

Kaedah Bilal Melaungkan Azan

Riwayat: Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Hadith:
Daripada Abu Juhaifah r.a. katanya, Aku telah melihat Bilal sedang Azan dan aku memerhatikan mulutnya, kepalanya kekanan dan kekiri dan dua jarinya didalam telinganya.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi, beliau menganggap hadith ini panjang.
Hadith yang diriwayatkan oleh ibnu majah pula menyebut, meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya.

Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud menyebut (Bilal) telah memalingkan tengkuknya ketika menyebut Haiya alassolah. kekanan dan kekiri, tanpa berpusing badannya.

Asal hadith ini didalam sahih al-Bukhari dan sahih muslim.
Dan daripada Abu Mahzurah r.a. bahawa Nabi s.a.w. perkenan suaranya lalu diajarkan Azan kepadanya.



Huraian Hadith:

1. Setiap umat Islam dikehendaki mengambil berat didalam melakukan amal ibadatnya termasuklah ibadat sembahyang.

2. Sunat bagi tukang azan meletakkan dua jarinya kedalam dua telinganya supaya suaranya lebih nyaring.

3. Sunat juga ia memalingkan kepalanya kekanan (Haiyya alassolah) dan kekiri (Haiyya al alfalah)

4. Makruh bagi tukang azan memalingkan badannya sekali ketika sedang berazan.

5. Harus bagi imam memberi upah kepada tukang azan dari wang Baitul Mal atau dari ahli mukim atau dari pihak yang berkuasa. Kerana khidmatnya memanggil orang untuk melakukan solat.

Zina Berterusan Walaupun Telah DiIjabkabulkan

Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam (tahu selok belok agama, tidak semestinya kena dapat tauliah dari JAWI, JAKIM -Tauliah daripada ALLAH SWT) di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:


Soalan 1 :
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 :
Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 :
Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 :
Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 :
Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 :
Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 :
Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :
Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 :
Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 :
Maka mereka akan hidup di dalam zinakerana pernikahan itu tidak sah


Soalan 6 :
Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 :
Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.


Soalan 7 :
Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 :
Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.


Soalan 8 :
Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 :
Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.


Soalan 9 :
Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 :
Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.


Kesimpulannya:
Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat.

10 April 2011

Hakikat orang yang miskin

Riwayat: (al-Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : Bukanlah orang miskin, orang yang pergi dari rumah ke rumah, dia dapat ditolak oleh sesuap dan dua suap makanan, sebiji kurma dan dua biji kurma. Akan tetapi orang yang miskin itu ialah orang yang tidak memperoleh kecukupan yang dapat mencukupkan keperluannya dan tidak diketahui orang tentang kemiskinannya yang menyebabkan orang memberi sedekah kepadanya. Dan dia pula tidak pergi meminta ke sana ke mari (tidak mengulang-ulangi permintaannya kepada orang lain).

Huraian Hadith:
Orang yang miskin adalah orang yang tidak mempunyai kecukupan dan tidak mahu menampakkan kemiskinannya kepada orang lain. Dia tidak mengemis ke sana sini sebaliknya berusaha mencari pendapatan sendiri. Orang sebeginilah yang layak menerima sedekah dan mendapat bantuan.

04 April 2011

Mati

Riwayat Hadith At-Tarmizi

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:

Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara:
Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya

Huraian Hadith:

1. Umat Islam dilarang menangguh-nangguh dan berlambat-lambatkan amal ibadat yang diamanahkan kepada mereka.

2. Kekayaan dan kemiskinan tidak menghalang seseorang itu menambah amalan untuk beribadat kepada Allah kerana kekayaan dan kemiskinanan merupakan satu dari ujian kehidupan.

3. Terdapat setengah golongan yang menjadi sibuk dan leka dengan kekayaan dan ada pula menjadi kufur disebabkan hidup menjadi fakir

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::