26 October 2011

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.


2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati
__._,_.___
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic

18 October 2011

Mimpi Nabi Muhammad SAW

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw
bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai ter sebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan o rang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

13 October 2011

Prudential BSN Takaful Berhad

Skim perlindungan Takaful untuk diri dan keluarga
Inilah masanya untuk anda membuat perlindungan diri anda dan yang tersayang..Esok hari tiada siapa yang boleh ramalkan!!..
Tambahan kehidupan hari ini, penuh dengan cabaran dan risiko.



Tanggungjawab & Keutamaan Dalam Keluarga
1) Melindungi waris daripada bebanan kewangan akibat kematian yang tidak dijangka (Dying Too Soon)
2) Plan Kewangan untuk persaraan (Living Too Long)
3) Melindungi pendapatan akibat penyakit biasa, kritikal dan kecederaan yang memerlukan kos rawatan berterusan (Living Death)
4) Pendidikan anak-anak (Children’s Future)
5) Simpanan dan Pelaburan (Wealth Creation)

Pelan TAKAFUL yang komprehensif daripada Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB) dengan gabungan Prudential dengan Bank Simpanan Nasional, semua dalam satu (Perlindungan+Pelaburan+Simpanan+Kad Perubatan)

No. 1 dalam Industri TAKAFUL.



PELAN PRUBSN ( 5 IN 1) - 11 MANFAAT UTAMA

1) KAD PERUBATAN (MEDIASSIST) - RM 500,000
- Kos rawatan hospital sebanyak RM 500,000.00 seumur hidup.
- Lebih 68 hospital pakar / panel di seluruh Malaysia.
- Jaminan pembaharuan setiap tahun (Auto-renewed).
- Bil hospital dijelaskan kepada hospital secara on-line (cash-less)
• Rawatan segera untuk penyakit/kemalangan oleh doktor pakar (tanpa perlu menyediakan wang deposit yg tinggi)
• Bil Hospital di jelaskan oleh syarikat secara ONLINE
• Pembiayaan termasuk "Pre and post admission medical bills"
• Pembiayaan tahunan : RM50,000 - RM 150,000
• Pembiayaan sehingga umur 70 tahun : RM500,000 - RM 1.5 JUTA
• Harga bilik : RM100 - RM 400 sehari
• Diterima oleh Panel Hospital Pakar seluruh Malaysia/Dunia

2) PERLINDUNGAN
- Hilang Upaya Kekal (RM 50,000.00)
- 36 Penyakit Kritikal (RM 20,000.00)

3) PAMPASAN KEMATIAN ( + Jumlah Simpanan)
- Dana Kematian (RM 50,000.00)
- Khairat Kematian (RM 2,000.00)
- Pampasan Kemalangan (RM 70,000.00)

4) ELAUN (CEK DIBERI KEPADA CLIENT)
- Elaun Wad (RM 150 / hari)
- Elaun ICU (RM 250 / hari)
- Elaun Pembedahan (RM 2,500 / per bedah)

5) SIMPANAN / PELABURAN (Investmentlink (Syariah Advisor) RM 50,000 dalam tempoh 30 tahun - Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan simpanan yang perlu ada (minima) RM1,000 sahaja.(Tiada Tempoh Matang)
- Tax relief (income tax) sehingga RM 9,000

6) PREMIUM PERCUMA / POLISI FOC & AUTO-SAVING
Pengecualian Sumbangan dan pihak syarikat akan membayar caruman sehingga 80 tahun- sekiranya client disahkan menghidap sakit kritikal @ Hilang upaya kekal.



*KEISTIMEWAAN PRUBSN (NO.1) - 5T*

1) TIADA TERIKAT DENGAN TEMPOH MATANG, DUIT BOLEH DIKELUARKAN BILA-2 MASA DENGAN KEKALKAN RM 1,000 DALAM AKAUN.
2) TIADA KENAIKAN HARGA SEHINGGA UMUR 80 TAHUN - WALAUPUN SUDAH MEMBUAT TUNTUTAN
3) TAK PERLU BAYAR (POLISI PERCUMA) JIKA DIAGNOSIS SALAH SATU 36 PENYAKIT KRITIKAL DAN PRUBSN AKAN TAMBAH SIMPANAN
4) TIADA BAYARAN / CAJ TERSEMBUNYI
5) TABARU FUND- PERKONGSIAN KEUNTUNGAN (70% CLIENT & 30% KEPADA SYARIKAT)

06 October 2011

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::