18 January 2013

Hukum Menyambut Deepavali


Persoalannya adakah kita di benarkan oleh agama yang mulia ini untuk saling betukar-tukar ucapan selamat dan saling bertukar hadiah kepada non-muslim ketika perayaan mereka? Sebelum itu elok kita mengetahui erti perayaan Deepavali kepada kaum india, Jadi,mari kita lihat secara ringkas penjelasannya:

Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November. Oleh kerana namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut Hindu. Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana yang jahat.


Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan dengan pelita dan lampu-lampu.


Penganut Hindu menyambut Deepavali kerana banyak sebab dan paling utama mengikut kepercayaan mereka ialah bagi memperingati kemenangan Dewa Krishna menentang Nargasura, yang merupakan kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan.


Dari penyataan diatas, jelas kepada kita perayaan Deepavali menurut agama Islam adalah perayaan yang syirik dan amat ditegah oleh Islam untuk umat islam untuk menyambutnya. ALLAH berfirman :Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”(Luqman, 31: 13)


dan umat Islam WAJIB kembali kepada Islam dan bukan hanya bertaqlid kepada mereka yang mengaku muslim tetapi hadir sahaja hari perayaan orang kafir malah mereka lah yang pertama ‘wish’ dan mengucap selamat terhadap perayaan gologan kafir yang jelas syirik . Allah mengingat kita supaya tidak mengikut sesuatu tanpa pengetahuan yang benar


“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.”(al-Isra’, 17: 36)


Jawapan dari soalan yang saya lontarkan sebentar tadi adalah kita sangat di larang daripada menyambut perayaan keagamaan kaum lain kerana perbuatan tersebut boleh membawa syirik kepada Allah.Semoga Allah menjauhkan kita.


BAGAIMANA CARA TERBAIK MEMBALAS UCAPAN DARI NON MUSLIMMungkin di kalangan kita akan menerima ucapan selamat depavali daripada kawan-kawan yang beragama hindu, jadi bagaimana kita hendak membalas ucapan tersebut?


Yang sebaiknya adalah membalas ucapan mereka dengan ucapan yang baik disisi syariat “Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar.” Atau “Semoga awak mendapat hidayah.” Atau cukuplah dengan ucapan, “terima kasih”.


Perlu diingat ucapan itu mesti bukannya keredhaan kita terhadap kesyirikan mereka tapi hanya meraikan ucapan mereka dan dalam masa ia lebih menjaga hati non muslim daripada terasa hati sekiranya kita membisu tanpa membalas ucapan mereka.


FATWA PARA ULAMAImam as-Suyuti : Sesungguhnya Saidina Umar al-Khattab telah mensyaratkan ke atas mereka (kafir zimmi) agar tidak menzahirkan perayaan mereka di negeri-negeri umat Islam. Apabila mereka ditegah daripada menzahirkan, maka bagaimana pula seorang Muslim itu melakukannya? Tindakan tersebut adalah sebahagian dari tindakan yang boleh menguatkan ketamakan hati mereka utk menzahirkan perayaan mereka”.(As-Suyuti, Al-Amru bi at-Tiba’ wa an.Nahy ‘an al-Ibtida’, hlm. 150.)


Fatwa Kerajaan Arab Saudi (Lajnah Daimah Lil Buhuts al-Ilmiyyah wal Ifta`) yang diketuai oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah Ali Syaikh menyatakan dengan tegas:“Dilarang bagi umat Islam untuk mengucapkan selamat atas hari raya orang kafir, karena ini menunjukkan sikap rela terhadapnya di samping memberikan rasa gembira di hati mereka.”


Dari Eropa, anggota Dewan Penelitian dan Fatwa Eropa(Al-Majlis Al-Urubi li Al-Buhuts wa Al-Ifta`)Dr. Muhammad Fuad Al-Barrazy, dengan tegas berkata:“Saya tidak membolehkan untuk memberikan ucapan selamat hari raya kepada mereka (pemeluk agama lain), juga tidak membenarkan untuk saling bertukar hadiah dalam kaitan itu (bagi tujuan meraikan)”. 

Sumber:http://asyrafaziz.blogspot.comhttp://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Ukuran Kekuatan Nafsu


Riwayat Hadith Bukhari;

Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda; " Bukanlah ukuran kekuatan sesorang itu menewaskan lawan tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika marah"

Huraian Hadith:


1.    Ukuran kekuatan pada zaman jahiliah ialah kekuatan fizikal, tetapi Islam telah mengubahnya kepada nilai akhlak dan kemasyarakatan yang mulia.

2.    Kita hendaklah menjauhi sifat marah, kerana ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan, jiwa dan masyarakat.

3.    Sifat sabar itu adalah daripada sifat-sifat yang mulia. Oleh itu hendaklah seseorang itu mengamalkan kesabaran.

4.    Sifat pemarah adalah sifat mazmumah yang tidak diredai Allah kerana ia boleh meruntuhkan kebahagiaan hidup seseorang.



15 January 2013

Fadhilat Bersedekah




Hadith Riwayat:  Bukhari

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya)."


Huraian Hadith:

1.Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
2.Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
3.Faedah sedekah di dunia adalah seperti seseorang itu akan dimurahkan rezekinya oleh Allah, terhindar daripada bala bencana, dipanjangkan umur, mencegah daripada kematian yang buruk di mana orang yang selalu bersedekah akan dilindungi daripada ditimpa kemalangan yang menyebabkan kematian dalam keadaan yang ngeri atau mati dalam keadaan tidak beriman (su'ul khatimah) kerana sedekah itu sebenarnya membawa rahmat di samping menghapuskan sifat sombong, takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
4.Manakala faedahnya di akhirat pula ialah seseorang itu akan mendapat naungan daripada panas terik di padang Mahsyar dan mendapat pendinding daripada api neraka.

08 January 2013

Tanda-tanda Awal Kanser




Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat. 

Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi.

Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser. 

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda? 

1. Sakit perut atau senak perut.
Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab. 

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan.
Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. 

Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound'

4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit.
Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. 

Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda. 

5. Kehilangan berat badan.
Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa. 

4. Jaundis / demam kuning.
Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis. 

5. Berdehit atau sesak nafas.
Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru. 

6. Batuk yang kronik atau sakit dada.
Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk. 

Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.
Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan. 

7. Kerap demam atau terkena jangkitan. 
Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang. 

8. Kesukaran menelan.
Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong. 

9. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.

10. Bengkak muka. 
Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 

11. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan). 
Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia. 

12. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. 
Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku. 

13. Lemah dan letih. 
Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

14. Pendarahan rektum atau darah dalam najis.
"Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal

15. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser. 
Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. 

Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. 

Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya. 

16. Sukar membuang air kecil. 
Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti. 

17. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil. 
Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan. 

18. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat

19. Masalah ereksi. 
Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

20. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen. 
Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang. 

Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki. 

21. Bengkak buah zakar.
Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak. 

22. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya.
Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas. 

23. Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan. 
Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada

Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir

24. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.

Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik. 

25. Perubahan pada kuku.
Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit

Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.

JIKA ADA MANA-MANA TANDA DIATAS, SEGERALAH BERJUMPA PAKAR PERUBATAN. JANGAN TUNGGU LAGI!

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::