15 September 2009

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan

Al-Quran adalah kitabullah yang diturunkan pada bulan Ramadan.

Kelebihan bulan Ramadan sebagai bulan membaca tidak dapat disangkal lagi apabila setiap kali menjelang Ramadan, Rasulullah dan para sahabat aktif mengulangkaji bacaan al-Quran.

Mungkin secara kebetulan atau ada hikmah yang tersembunyi, kalimahpertama yang diturunkan di dalam al-Quran pada bulan Ramadan adalah "Iqra'" bermakna, "Bacalah."

Sudah tentu ayat ini tidak membataskan bacaan al-Quran secara tilawah sahaja bahkan menuntut umatnya supaya mengkaji dan membaca buku-buku tambahan bagi memantapkan iman dan mengukuhkan ilmu ibadat.

Dari sini, para sahabat mengembang ilmu al-Quran, menjadi penafsir dan penterjemah serta membukukan khazanah-khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya.

Rasulullah menyatakan kelebihan orang berilmu, "Seorang yang berilmu itu lebih susah dipengaruhi syaitan daripada seribu orang abid (ahli ibadah)." (Hadis direkodkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tanpa mengabaikan kelebihan amalan-amalan baik sepanjang bulan Ramadan, kedai-buku.com juga mengajak para Muslimin dan Muslimat supaya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai bulan membaca.

Tema yang diutarakan adalah Ramadan tetamu yang dirindui, bulan perjuangan, bulan Nuzul Quran, mencerdaskan minda, mencari Lailatul Qadr dan menunaikan Haji ke Mekah.

Ramadan perlu diisi dengan aktiviti membaca kerana secara umumnya umat Islam mempunyai lebih banyak masa rehat yang tidak diisi dengan makan dan minum.

Justeru, masa ini perlu dimanfaatkan dengan sekurang-kurangnya sehari selembar halaman buku.

Istimewanya bulan Ramadan adalah ia sebagai bulan muhasabah amalan yang lepas bagi memperbaiki amalan pada tahun berikutnya.

Antara cara terbaik memperbaiki amalan yang lepas adalah dengan mengukuhkan ilmu dan antara cara yang termudah adalah dengan membaca.

No comments:

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::