22 October 2010

Hasad Dengki

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Syafaat Al-Quran

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Doa Orang Bukan Islam

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Takutlah doa orang yang dizalimi sekalipun ia seorang kafir kerana sesungguhnya tidak ada halangan di antara doanya dengan Allah”.

Riwayat Ahmad

Huraian
Pengajaran Hadith:

i) Sikap menzalimi orang lain adalah satu sifat yang dibenci dan dilaknat oleh Allah S.W.T.

ii) Selaku orang Islam kita hendaklah bersikap adil meskipun terhadap orang yang bukan Islam kerana keadilan itu adalah cermin keimanan yang sebenar yang boleh melembutkan hati yang keras dan mengubah akhlak yang buruk kepada baik. Malah keadilan itu boleh menerbitkan perasaan kasih sayang dan hormat-menghomati dalam masyarakat.

iii) Di dalam hadis ini Allah juga telah menunjukkan sifat-Nya yang adil di mana sesiapa juga hamba-Nya yang menzalimi orang lain akan dibalas dengan balasan yang setimpal sekalipun orang yang dizalimi itu adalah orang kafir.

07 October 2010

Bersyukur

Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang

kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya

sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang

menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan

segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika

bagi menghormati azan.

Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya

itulah amalan yang sentiasa dijaganya.

Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh

telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah

apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah

menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan

syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu

semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku

tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku

menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah

berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di

dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"



"Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh

dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang

sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat

yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya

"Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu

catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di

kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus

aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat

kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan

akan mendapat 10 pahala.

Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih

simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya

lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak

Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah

ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan

keseronokkan serta kemewahan dunia.



Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.

burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian

itu adalah sesuatu yang PASTI.

06 October 2010

Beban

Seorang penceramah,
Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada mahasiswanya "Berapa
beratkah segelas air ini pada fikiran anda semua"?? Mahasiswa mengatakan
beratnya anggaran dari 20 gram hingga 500 gram.

"Ini bukanlah masalah berat secara total, tetapi tergantung kepada berapa
lama anda memegangnya. Jika saya pegangnya selama 1 minit, tidak
ada masalah. Jika saya pegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan
terasa sakit. Dan jika saya pegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda
harus memanggil ambulans untuk saya, tapi semakin lama saya memegangnya,
maka bebannya akan menjadi semakin berat".

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak
akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya."

" Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut,
berehat sejenak sebelum mengangkatnya semula. Kita harus meninggalkan beban
kita secara periodik, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya
lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah, dari pejabat dan sebagainya,
tinggalkan beban pekerjaan. Jangan membawanya pulang !!! Beban itu boleh diambil
semula besok. Apapun beban yang ada di minda anda hari ini, cuba
tinggalkan sejenak jika boleh !!! Setelah berehat ambilnya kembali.

Hidup ini Singkat, Jadi Cubalah Menikmatinya !!!...

Dimanakah Kita?

1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mulakerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia
adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?


2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang
ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh
orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang
menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan
propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut
kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong
mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?


3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka
berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada
pelancaranTabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang
lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat
publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?


4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat
ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai
ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi
anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang,hormat
orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di
dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata
dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam
api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak
dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk
Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan
rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.


5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada
sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,
setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan
berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.


6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.


7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila
nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam
tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )


8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI
ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.


9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari
kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil
dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3,
kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada
kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu
sebelum pilih yang mana satu.


10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu
dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di
pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.


11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat,
aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

WELCOME AGAIN!

Hakcipta Terpelihara Parklee's Blogspot ::