1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mulakerja
adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang
itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu
mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia
adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?
2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang
ini TETAPI ramai daripada kita tak boleh tinggal rokok yang dibuat oleh
orang Amerika di negara kita ini dan tidak kurang juga di kalangan kita yang
menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan
propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut
kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong
mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?
3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka
berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada
pelancaranTabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang
memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang
lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan-bulan walaupun mendapat
publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?
4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat
ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi
merata-rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai
ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi
anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah, sembahyang,hormat
orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di
dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata
dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam
api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak
dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk
Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan
rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.
5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada
sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI
dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya,
setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan
berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.
6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan
keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia
tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.
7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila
nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari
sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam
tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain. )
8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI
ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang
suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang
suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.
9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari
kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil
dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3,
kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada
kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu
sebelum pilih yang mana satu.
10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu
dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di
pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong
tali persaudaraan.
11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia
menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat,
aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu
sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.
No comments:
Post a Comment